Image 1 Image 2 Image 3 Image 4
Light Blue Dark Grey Light Grey Light Green Light Orange Contrast Reload Wallpaper 1 Wallpaper 2 Wallpaper 3 Wallpaper 4 zoomIn zoomOut Tuesday, 2 September 2014     /     Laman web ini dipapar dalam:   saat

PORTAL RASMI

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

Pengenalan / Pejabat Projek Zon Timur

Kuala Terengganu inilah terletaknya Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Timur (PPZR), JPBD Semenanjung Malaysia sejak tahun 2000. Ketika itu PPZR dikenali dengan nama Unit Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (URPNT). Evolusi demi evolusi dialami URPNT ke arah memantapkan peranan dan fungsinya, juga selaras dengan penstrukturan semula JPBD. Ini menyaksikan nama URPNT ditukar kepada Pejabat Projek Kuala Terengganu (PPKT) pada tahun 2003 dan Pejabat Projek Zon Timur (PPZR) pada tahun 2008. PPZR merupakan 1 dari 4 pejabat projek di bawah Bahagian Rancangan Pembangunan JPBD Semenanjung Malaysia. Pejabat-pejabat projek berkenaan adalah Pejabat Projek Zon Utara, Pejabat Projek Zon Tengah dan Pejabat Projek Zon Selatan. PPZR mempunyai 2 pejabat cawangan di Kuantan dan Kota Bharu yang dikenali sebagai Unit Rancangan Pembangunan Kuantan (URPK) dan Unit Rancangan Pembangunan Kota Bharu (URPKB). PPZR diketahui oleh seorang Pengarah Gred J54 dan memiliki seramai 84 orang kakitangan.


Fungsi

 

  • Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran bagi Pejabat Projek Zon Timur dan unit-unit berkaitan.
  • Merancang dan melaksana program kajian Rancangan Pembangunan termasuk pelan statutori dan pelan bukan statutori bagi negeri-negeri di Zon Timur (Terengganu, Pahang dan Kelantan).
  • Membentuk dan mengemas kini sistem maklumat perancangan bagi ketiga-tiga pejabat berkenaan.
  • Merancang dan melaksana program-program peningkatan kualiti dan penambahbaikan prosedur termasuk penyediaan garis panduan dan Manual Rancangan Struktur Negeri.
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan ketiga-tiga pejabat berkenaan.
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan pelanggan dan sebaran am mengenai perkhidmatan perancang bandar dan desa bagi Pejabat Projek Zon Timur.

 

 

Piagam Pelanggan

Bagi menjayakan matlamat Bahagian Rancangan Pembangunan, Pejabat Projek Zon Timur ke arah merangka persekitaran fizikal, sosial dan ekonomi yang mampan melalui penyediaan rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan, kami berjanji untuk:

 

1.    Menyediakan Rancangan Struktur Negeri Dalam Tempoh 18 Bulan

2.    Menyediakan Rancangan Tempatan Daerah Dalam Tempoh 12-15 Bulan

3.    Menyediakan Rancangan Kawasan Khas Dalam Tempoh 6 Bulan

4.    Mengkaji semula manual penyediaan Rancangan Pemajuan (Manual Rancangan Struktur Negeri) setiap 5 tahun

5.    Memastikan pembangunan data spatial (GIS) menepati 100% Manual GIS

6.    Melaksanakan pemantauan bagi setiap Rancangan Pemajuan setelah 24 bulan dari tarikh diwartakan.

 

 

 



Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 27-05-2014