Required by w3c

Portal Rasmi

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

plan malaysia

Pengenalan

 

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan ditubuhkan di Ibu Pejabat Jabatan Perancangan Bandar dan Desa untuk tujuan menjamin kualiti dan kecekapan perkhidmatan perancangan bandar dan desa di semua peringkat kerajaan melalui hasil penemuan dan rumusan kajian-kajian penyelidikan yang lengkap, inovatif, progresif, mampan dan saintifik.

Peranan Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan adalah untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan perancangan bandar dan desa secara berterusan melalui pengendalian garis panduan perancangan dan kajian-kajian penyelidikan yang dapat dirujuk untuk tujuan perancangan dan pembangunan bandar mahupun desa.

 

 

Objektif

 

  • Menyediakan kajian penyelidikan/ garis panduan perancangan selaras dengan dasar pembangunan negara, prinsip perancangan dan amalan terbaik di dalam dan luar negara;

  • Menyediakan kajian penyelidikan/ garis panduan perancangan merangkumi :

a) Penilaian dasar dan penyelidikan antarabangsa;

b) Perancangan alam sekitar dan pengurusan risiko;

c) Penilaian dasar dan penyelidikan antarabangsa;

d) Morfologi, reka bentuk dan warisan bandar;

e) Metodologi dan teknik perancangan; dan

f)  Pembangunan mampan.

  • Memastikan kajian penyelidikan perancangan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, kreatif, inovatif dan praktikal;

  • Mengkaji semula garis panduan perancangan bagi menyesuaikan dengan perubahan dasar dan keperluan semasa;

  • Memberi input kepakaran kepada bahagian-bahagian lain dalam jabatan dan agensi atau pihak lain yang berkepentingan;

  • Mewujudkan kolaborasi dan perkongsian pintar dengan institusi pengajian tinggi, penyelidikan dan badan ikhtisas dalam dan luar negara;

  • Mengadakan sesi teach-in, expert talk, forum, rundingan meja bulat, seminar, bengkel dan sebagainya yang berkaitan dengan penyelidikan perancangan; dan

  • Menerbitkan monograf, jurnal dan buletin penyelidikan perancangan.

  •  

      

Fungsi Bahagian

 

Fungsi utama Bahagian adalah menjalankan kajian penyelidikan perancangan dan menyediakan garis panduan perancangan yang berkualiti dengan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, kreatif dan inovatif dan praktikal sebagai input dalam penyediaan rancangan pembangunan, kawalan pembangunan dan aktiviti perancangan yang lain.

 

 

Struktur Organisasi

 

Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan terletak dibawah tanggungjawab Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan diketuai oleh seorang Pengarah. Bahagian ini terdiri daripada enam unit pengkhususan penyelidikan perancangan. Setiap Unit diketuai oleh Ketua Unit. 

 

Unit-unit pengkhususan adalah : 

 

 

1. Unit Penyelidikan Guna Tanah, Industri, Perniagaan, Perumahan, Kemudahan Sosial, Infrastruktur dan Utiliti Tanah

 

  • Menjalankan penyelidikan terhadap dasar-dasar dan aspek perundangan berkaitan dengan perancangan guna tanah merangkumi aspek perumahan, perniagaan, industri, kemudahan masyarakat, pengangkutan, infrastruktur, utiliti dan sebagainya;
  • Menjalankan penyelidikan guna tanah berdasarkan penemuan isu perancangan, merangkumi aspek perletakan komponen (sitting dan zoning), tren dan konsep pembangunan semasa seperti pembangunan padat berdayahuni, Small Office Home Offices (SOHO), Transit Oriented Development (TOD) dan sebagainya;
  • Menyediakan Garis Panduan & Manual berdasarkan penemuan penyelidikan yang telah dilaksanakan;
  • Memantau dan menyemak semula Garis Panduan dan Manual sesuai dengan keperluan dan senario terkini;

  • Mengurus dan menyelia pengumpulan maklumat status pewartaan tanah lapang awam di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan; dan
  • Memberi input kepakaran kepada Pusat Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian Perancangan Pemajuan dan bahagian-bahagian lain dalam Jabatan serta kepada Kementerian dan agensi luar yang berkepentingan.

 

 

2. Unit Penilaian Dasar dan Penyelidikan Antarabangsa

 

  • Menilai dasar-dasar di dalam perancangan pembangunan negara seperti Rancangan Malaysia Lima Tahun sebagai input dalam penyediaan rancangan pemajuan;
  • Menilai dasar-dasar di dalam perancangan pembangunan luar negara sebagai input dalam penyediaan penyelidikan perancangan bandar di Malaysia;Menjalinkan jaringan dua hala dan pelbagai hala dalam bidang perancangan bandar dan desa di dalam dan luar negara;
  • Menjalinkan jaringan dua hala dan pelbagai hala dalam bidang perancangan bandar dan desa di dalam dan luar negarake arah menjadi National Focal Point dalam penyelidikan perancangan bandar, petempatan manusia dan perbandaran;
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi, pusat penyelidikan dan badan-badan profesional di dalam dan di luar negara bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam aspek-aspek perancangan bandar dan desa di peringkat antarabangsa;
  • Menjalin hubungan erat dengan Bahagian Korporat Jabatan bagi perkara-perkara berkaitan hubungan antarabangsa; dan
  • Bertanggungjawab dalam penerbitan & dokumentasi produkproduk penyelidikan bahagian.

 

 

3. Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko

 

 

  • Mengkaji dasar-dasar alam sekitar dan pengurusan risiko yang berkaitan dengan perancangan guna tanah;
  • Mengkaji aspek perundangan yang berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko;
  • Menyediakan, memantau dan menyemak semula garis panduan perancangan dan manual berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko;
  • Menjalankan kajian teknik memelihara kepentingan alam sekitar dan pengurusan risiko dalam perancangan guna tanah; dan
  • Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pelbagai jabatan, agensi dan institusi penyelidikan yang berkaitan alam sekitar dan pengurusan risiko.

 

 

4. Unit Morfologi, Reka Bentuk dan Warisan Bandar

 

  • Menjalankan kajian penyelidikan dan garis panduan perancangan berkaitan morfologi, reka bentuk dan warisan bandar selaras dengan dasar pembangunan negara, prinsip perancangan dan amalan terbaik di dalam dan luar negara;
  • Menyediakan satu (1) kajian penyelidikan/garis panduan perancangan berkaitan morfologi, reka bentuk dan warisan bandar dalam masa 12 bulan;
  • Memastikan kajian penyelidikan perancangan berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, kreatif, inovatif dan praktikal;
  • Memberi input dalam penggubalan dasar dan penyediaan kajian di peringkat tempatan dan negara yang berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan terutamanya semasa proses penyediaan rancangan pemajuan/pembangunan.
  • Menyemak semula dasar  dan garis panduan perancangan berkaitan morfologi bandar, reka bentuk bandar dan pemeliharaan warisan agar selari dengan perubahan dasar dan keperluan semasa.
     

 

5. Unit Metodologi Perancangan

 

  • Mengenalpasti dan mendokumentasi metodologi, pendekatan dan teknik perancangan semasa dan baru untuk diaplikasikan dalam aktiviti perancangan bandar dan desa di pelbagai peringkat;
  • Bekerjasama dengan institusi-institusi pengajian tinggi dan penyelidikan di dalam dan di luar negara bagi mendapatkan kemahiran dan pengalaman dalam penggunaan kaedah/teknik perancangan yang bersesuaian dalam pelbagai analisis reruang dan sains pemutusan;
  • Menyumbang kepakaran dalam bidang metodologi dan teknik perancangan kepada bahagian-bahagian lain dalam Jabatan dan kepada agensi lain yang memerlukan.

 

 

6. Unit Kemampanan dan Bandar Selamat

 

  • Telah dipinjamkan ke Unit NKRA Bandar Selamat

 

 

Piagam Pelanggan

 

Dengan itu, Bahagian ini berjanji untuk :

 

  • Melaksanakan penyediaan setiap kajian penyelidikan perancangan utama / garis panduan perancangan / semakan semula garis panduan dalam tempoh 6 - 12 bulan;

  • Menyelaras pemantauan pelaksanaan garis panduan/piawaian perancangan sekali setahun;

  • Mengendalikan sesi sebaran maklumat dan pendidikan mengenai hasil penyelidikan/garis panduan/piawaian perancangan empat (4) sesi setahun; dan

  • Menyediakan laporan status kemampanan bandar (MURNInet) sekali setahun.

 


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 23-04-2012
Jumlah pengunjung kandungan: 1,258