Required by w3c

 

Pengenalan WUF9|2018

 

  • World Urban Forum (WUF) adalah suatu forum bukan teknikal yang diadakan oleh United Nations Human Settlements Programme (UN-Habitat), dan dianjurkan di Bandar-bandar berbeza setiap dua tahun, untuk mengkaji isu-isu mendesak berkaitan penempatan manusia, termasuk perbandaran yang pesat dan kesannya terhadap bandar, komuniti, ekonomi, perubahan iklim dan polisi.
  • Kuala Lumpur, Malaysia telah memenangi hak pembidaan bagi penganjuran  World Urban Forum (WUF) kesembilan pada tahun 2018 seperti yang telah diumumkan oleh UN-Habitat pada 3 November 2014. 

 

 

Sekretariat

 

Sekretariat WUF 9 telah ditubuhkan pada 5 Januari 2015 berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Pasca-Kabinet. Unit ini merupakan sekretariat  utama di peringkat Kementerian untuk menguruskan dan berhubung dengan UN-Habitat ke arah penganjuran World Urban Forum ke-9 tahun 2018.

 

 

Fungsi Unit Khas World Urban Forum 2018

 

 

  • Secretariat kepada penganjuran World Urban Forum ke-9 pada tahun 2018;
  • Kolaborasi dengan agensi luar berkaitan penganjuran Worl Urban Forum ke-9 tahun 2018;
  • Menguruskan lawatan luar negara melibatkan program berkaitan World Urban Forum; dan
  • Menjalankan program promosi penganjuran World Urban Forum ke-9 tahun 2018.

Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 10-09-2015
Jumlah pengunjung kandungan: 2,219