Image 1 Image 2 Image 3 Image 4
Light Blue Dark Grey Light Grey Light Green Light Orange Contrast Reload Wallpaper 1 Wallpaper 2 Wallpaper 3 Wallpaper 4 zoomIn zoomOut Friday, 26 August 2016     /     Laman web ini dipapar dalam:   saat

PORTAL RASMI

Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan
Matlamat Menyediakan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara bagi mewujudkan satu rangka kerja spatial yang bersepadu ke arah pembangunan desa mampan yang berteraskan dasar terkini kerajaan. Objektif i. Menterjemah Dasar Transformasi Nasional ke dalam bentuk fizikal khusus di dalam konteks pembangunan inklusif untuk menjadikan desa kawasan yang menarik untuk didiami dan bekerja. ii. Merangka pembangunan spatial bersepadu yang berteraskan RFN2 mengenai pembangunan PPD dan talian bandar-luar bandar (urban-rural link) dalam memastikan pembangunan desa yang sejahtera dan mampan. iii. Menyelaras perancangan, pelan induk dan dasar sedia ada oleh pelbagai agensi pelaksana bagi memastikan pembangunan fizikal desa yang bersepadu dan seragam. iv. Menentukan mekanisma pelaksanaan dan pemantauan pelaksanaan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara yang berkesan. Tempoh DPF Desa Negara Tempoh DPF Desa Negara adalah sehingga tahun 2030 dan perlu dibuat penyesuaian mengikut Rancangan Malaysia Lima Tahun. Dasar ini perlu dikaji setiap lima tahun. Kawasan Kajian Kawasan kajian adalah semua desa yang terletak di dalam bandar dan luar bandar. DPF Desa Negara akan disediakan secara berasingan iaitu untuk Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Labuan, Sabah dan Sarawak. Bagi Fasa Pertama, kajian akan dimulakan untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan diikuti Fasa Kedua untuk Sabah dan Sarawak. Tempoh Penyediaan Kajian DPF Desa Negara Kajian akan dijalankan selama 24 bulan bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Skop Kajian a) Dasar Transformasi Nasional Menterjemah dalam bentuk fizikal di peringkat desa Arahan No 1, 2010 oleh Majlis Tindakan Negara mengenai program transformasi kerajaan berteraskan empat (4) tiang utama iaitu Gagasan 1Malaysia : Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, GTP, MBE dan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Melaksanakan arahan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Julai 2010 mengenai Model Ekonomi Luar Bandar sebagai sebahagian daripada MEB bagi melonjakkan pendapatan penduduk luar bandar. b) Dasar RFN2 Mengkaji bagi melaksanakan dasar RFN2 ‘KAWASAN LUAR BANDAR DAN PUSAT PERTUMBUHAN DESA PERLU DIBANGUNKAN AGAR MASYARAKAT BOLEH MENIKMATI PENDAPATAN YANG LEBIH TINGGI DAN KUALITI HIDUP YANG LEBIH BAIK’. (RFN9) c) Definasi Desa Mengkaji dan merumuskan definisi ‘desa’ serta terma-terma selainnya yang berkaitan seperti ‘kampung’, ‘luar bandar’ dan selainnya untuk diterimapakai secara seragam oleh semua agensi pelaksana yang merentasi kawasan di bawah tanggungjawab masing-masing. Definasi ‘luar’ perlu diselaraskan dengan definasi ‘bandar’ oleh Kajian Dasar Perbandaran Negara 2. Kajian juga perlu mengenalpasti kaedah menetapkan sempadan desa supaya dapat digunakan secara seragam dan menyeluruh di peringkat negeri. d) Konsep PPD dan Hierarki Petempatan Mengkaji semula konsep dan senarai PPD sedia ada untuk ditambah baik dalam konteks pertalian bandar-luar bandar dan diselaraskan dengan dasar dan strategi spatial semasa kerajaan. Mengkaji dan mencadangkan sekiranya perlu satu sistem hierarki petempatan desa dan menambahbaik sekiranya perlu hierarki petempatan semasa dalam konteks kedudukan PPD di dalam hierarki tersebut. e) Klasifikasi Petempatan Desa Mengkaji dan menetapkan satu kaedah klasifikasi desa serta ciri-ciri bagi setiap klasifikasi bagi memandu perancangan dan pembangunan khusus bagi setiap klasifikasi desa yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. f) Indikator Kemampanan Desa Membangunkan indikator-indikator kemampanan desa dan menetapkan satu kaedah untuk ianya diintegrasikan dalam sistem MURNInets sedia ada bagi menilai tahap kemampanan suatu petempatan desa. g) Mekanisma Pelaksanaan dan Pemantauan DPF Desa Negara Merangka mekanisma pelaksanaan DPF Desa Negara yang berkesan oleh agensi-agensi pelaksana di peringkat persekutuan, wilayah, negeri dan tempatan serta komuniti desa. Menentukan mekanisma sistem pemantauan pelaksanaan DPF Desa Negara yang berkesan dan berintegrasi yang melibatkan pelbagai agensi pelaksana. h) Urustadbir Desa Mengkaji dan menilai keupayaan jentera pentadbiran agensi pelaksana di pelbagai peringkat bagi merancang, melaksana dan memantau DPF Desa Negara secara bersepadu. i) Sistem Ciri-Ciri Desa Malaysia - CHARMs (Characteristics of Rural Malaysia System) CHARMs diwujudkan sebagai satu sistem maklumat eksekutif yang menyokong kepada pembuat keputusan di dalam memandu dan memantau arah pembangunan desa di Malaysia supaya pelaksanaan DPF Desa Negara akan menjadi lebih effektif. Pendekatan Penyediaan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara Kajian akan dijalankan oleh Perunding sepenuhnya dengan menggunakan cross sectoral approach di mana memerlukan pelbagai kepakaran berkaitan. JPBD Sem. Malaysia secara kolaborasi dengan KKLW dan JKT akan bertindak sebagai Pasukan Teras yang akan memandu, menyelaras dan memantau keseluruhan kajian supaya menepati Asas Rujukan. Hasil Kajian Dokumen DPF Desa Negara dihasilkan melalui beberapa peringkat serahan dokumen seperti berikut: i. Laporan Awal ii. Draf Laporan DPF DESA NEGARA Awal iii. Laporan DPF DESA NEGARA Awal iv. Draf Laporan DPF DESA NEGARA Akhir v. Laporan Akhir DPF Desa Negara Ringkasan Eksekutif perlu disediakan untuk Draf Laporan DPF DESA NEGARA dan Laporan DPF DESA NEGARA Akhir untuk kemudahan ahli-ahli Jawatankuasa Teknikal, Jawatankuasa Pemandu dan Majlis Perancang Fizikal Negara. Sistem Ciri-Ciri Desa Malaysia - CHARMs (Characteristics of Rural Malaysia System) CHARMs diwujudkan sebagai satu sistem maklumat eksekutif yang menyokong kepada pembuat keputusan di dalam memandu dan memantau arah pembangunan desa di Malaysia supaya pelaksanaan DPF Desa Negara akan menjadi lebih effektif. Justifikasi CHARMs adalah : a) Membuat Keputusan - (Agihan Sumber) b) Pemantauan Sistem CHARMs merupakan sistem yang dinamik dan berupaya untuk diselenggarakan oleh JPBD SM sebagai custodian melalui stake holder BRFN-UPFDN bagi tujuan kemaskini dan penambahbaikan sistem setelah siap dibangunkan oleh perunding. CHARMs juga akan diselaraskan dan dijadikan alat sokongan kepada I-Plan (Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu)

Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 10-09-2015