Required by w3c


 

PENGENALAN

 

 

Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) atau land readjustment (juga dikenali di negara lain dengan nama land consolidation atau land pooling) merupakan satu kaedah pembangunan tanah di mana sekumpulan lot tanah yang telah dibangunkan secara tidak terancang dan tertinggal dari arus pembangunan, disusun semula dengan penyediaan kemudahan asas dan awam yang mencukupi, melalui kerjasama dan persetujuan pemilik-pemilik tanah.

 

  

 

Konsep Asas PTB

 


 

   


Faedah Sistem PTB

 

Pemilik Tanah

  • Peningkatan nilai tanah dan pegangan hakmilik terjamin

  • “Mesra Rakyat” penglibatan bersama di dalam perancangan dan pelaksanaan projek

  • Masalah pemaju melanggar syarat perjanjian dan masalah kewangan dapat dielakkan

  • Penyelesaian secara langsung isu pemilikan dan harta pusaka

 

 

Kerajaan

  • Rancangan Pemajuan direalisasikan

  • Pelaksanaan “Local Agenda 21” – penglibatan awam dalam pembangunan ditingkatkan

  • Peningkatan kutipan cukai hasil peningkatan nilai hartanah 

  • Mengelakkan pengambilan balik tanah

 

    

PTB adalah satu kaedah alternatif pembangunan di Malaysia

 

  • Dipersetujui oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 23 Jun 1999 sebagai satu kaedah pembangunan tanah di Malaysia.

  • Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Kajian Pelan Implementasi yang dipengerusikan oleh Y.Bhg. Dato’ KSU KPKT pada 25 Ogos 2005 telah bersetuju supaya perancangan pelaksanaan projek menggunapakai Sistem PTB diperluaskan ke kawasan—kawasan lain diseluruh negara.

 

 

Muat Turun Bahan Rujukan

 

  Projek Printis PTB Zon C1 – Fasa 1, Kg. Pulau Meranti, Daerah Sepang, Selangor Darul Ehsan

 


 Projek PTB Kg. Skudai Kiri, Johor Bahru, Johor Darul Takzim

 


 Manual Penyediaan Projek PTB

 

 


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 05-01-2015
Jumlah pengunjung kandungan: 1,791