Required by w3c

Latar Belakang 
 
Program Bandar Selamat di Malaysia diwujudkan pada tahun 2004 di atas arahan kabinet yang bermesyuarat pada 28 Januari 2004. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan diarahkan untuk menyediakan Program Bandar Selamat untuk mewujudkan  alam persekitaran bandar yang lebih selamat. Majlis Negara untuk Kerajaan Tempatan pada Oktober 2004 mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) utama melaksanakan Program Bandar Selamat. 
Sehingga tahun 2009, sebanyak 39 PBT bertaraf Bandaraya dan Perbandaran menyertai dan melaksanakan beberapa langkah PBS berdasarkan kepada tahap jenayah dan kemampuan kewangan PBT.  Tiada peruntukan khusus PBS diadakan oleh KPKT dan PBT oleh kerana pelaksanaan langkah PBS perlu dijadikan sebagai sebahagian daripada fungsi sedia ada PBT seperti pembersihan kawasan semak, penyediaan kemudahan keselamatan serta kawasan landskap dan sebagainya. 
 
Penubuhan Unit Khas NKRA Bandar Selamat 
 
Pada 16 April 2010, lanjutan daripada pelaksanaan inisiatif Lab NKRA Mengurangkan jenayah melalui Program Bandar Selamat, Unit Khas NKRA Bandar Selamat telah ditubuhkan secara pentadbiran di bawah pengendalian Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan),  En. Kamalruddin bin Shamsudin. Pn. Siow Suan Neo sebagai Ketua Unit Khas NKRA Bandar Selamat bersama dengan 12 orang pegawai telah ditugaskan untuk melaksanakan semua inisiatif yang telah ditetapkan dalam Lab NKRA.
 
Fungsi unit ini adalah:
 
a. Mempertingkatkan peranan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa selaras dengan keperluan seksyen 2B Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Akta 172 untuk menggalakkan dan menyelaraskan berhubung dengan segala aspek perancangan bandar dan desa. 
 
b. Memperluaskan Program Bandar Selamat daripada komponen bebas dari keganasan kepada baki tiga komponen utama iaitu: 
 
i. Bebas dari dari kemusnahan dan malapetaka ekoran bencana alam
ii. Bebas dari kemerosotan sosial dan moral
iii. Bebas dari kemalangan dalam dan luar bangunan nyawaMenyelaras dan memantau pelaksanan Program Bandar Selamat oleh semua PBT termasuk di Sabah dan Sarawak.
 
c. Menjadi pentadbir dan pengurus SPBS (Pembangunan GIS Jenayah dan Bandar Selamat) yang dibangunkan pada tahun 2010 yang dihubungkan terus daripada Police Reporting System (PRS) Polis DiRaja Malaysia. 
 
d. Menjadikan JPBD sebagai pusat rujukan Malaysian Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED) untuk meningkatkan kualiti hidup dengan mewujudkan alam persekitaran bandar yang lebih selamat.
 
e. Mencapai semua sasaran yang dipertanggungjawabkan kepada JPBD di bawah NKRA  mengurangkan jenayah iaitu: 
 
i. Sehingga 2012, semua PBT perlu melaksanakan Program Bandar Selamat
 
ii. Sehingga 2013, sekurang-kurangnya 90% bandar utama di Malaysia dikategroikan sebagai terbaik dalam mengurangkan jenayah.
 
Definisi Logo Bandar Selamat  

 
Logo Bandar Selamat mempunyai tiga jenis warna iaitu jingga, biru dan hijau yang mewakili tiga strategi utama iaitu: 
 
Warna jingga mewakili Strategi 1 : Merekabebentuk persekitaran fizikal 
Warna hijau mewakili Strategi 2 : Memperkasakan kawasan sasaran 
Warna biru mewakili Strategi 3 : Pengurusan, penyertaan komuniti dan kesedaran awam. 
12 cabang berserta 3 bulatan mewakili 15 langkah di dalam Program Bandar Selamat.

Takrifan Semula Program Bandar Selamat 
 
Kajian semula Program Bandar Selamat sedia ada merupakan di antara aktiviti NKRA di bawah tindakan KPKT. JPBDbersama stakeholders Program Bandar Selamat di dalam Mesyuarat Pasukan Petugas Program Bandar Selamat pada 29 – 30 Disember 2009 telah berbincang dan bersetuju untuk memantapkan 23 Langkah Pencegahan Jenayah 2004 kepada 15 Langkah. Takrifan semula 15 Langkah Program Bandar Selamat bertujuan untuk memudahkan pelaksanaan Program Bandar Selamat dengan memberi pilihan-pilihan kepada PBT untuk melaksanakan langkah-langkah bandar selamat mengikut kesesuaian setempat. Takrifan semula ini telah dipersetujui oleh semua PBT, PDRM, KDN, wakil makmal NKRA mengurangkan Jenayah dan Pertubuhan Bukan Kerajaan yang terlibat secara langsung di dalam pelaksanaan PBS 2004.
 
Kertas makluman takrifan semula Program Bandar Selamat telah diperakukan oleh:
 
i.    Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan Khas JPBD Bil.1/2010 pada 11 Februari 2010;
 
ii.   Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan dan Pembangunan KPKT Bil.2/2010 pada 6 April 2010; dan
 
iii Mesyuarat Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan (MNKT) ke-63 pada 2 September 2010.
 

 
Takrifan semula Program Bandar Selamat 2010 mengandungi 3 Strategi dan 15 Langkah Pencegahan Jenayah seperti berikut: 
 
 

 3 Strategi Program Bandar Selamat

 

 

 


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 10-09-2015
Jumlah pengunjung kandungan: 2,738