Required by w3c

Pengenalan

Bahagian Korporat adalah sebuah entiti di bawah pentadbiran PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa). Bahagian ini bertanggungjawab secara langsung dalam perkhidmatan korporat Jabatan iaitu menyelaras proses perancangan, pembangunan dan penilaian Pelan Strategik. Bahagian ini juga bertanggungjawab melaksanakan aktiviti perhubungan, pemasaran dan komunikasi korporat melalui kerjasama strategik bagi memperkasakan peranan dan fungsi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) dalam perancangan dan pembangunan negara.

          Objektif

  • Menyedia dan memantau pelaksanaan Pelan Strategik Jabatan (PSJ) yang berdayalaksana dan mencapai Visi dan Misi jabatan. 

  • Menyelaras dan memantau sistem pengurusan kualiti Jabatan dan pencapaian prestasi KPI Jabatan yang ditetapkan.

  • Merangka program penyebaran maklumat Jabatan bagi meningkatkan pemahaman awam terhadap perkhidmatan Jabatan serta pengendalian aduan awam. 

  • Menyelaras program pengantarabangsaan dan kerjasama strategik Jabatan bagi tujuan peningkatan profesionalisme perkhidmatan. 

  • Menjalankan tugas keurusetiaan mesyuarat utama Jabatan dan penyelarasan maklum balas Parlimen serta mesyuarat Kementerian lain menepati tempoh yang ditetapkan.

    Piagam Pelanggan

  • Memantau Pelaksanaan Pelan Strategik JPBD Satu (1) Kali Setahun

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Pegawai Kanan Perancang Bandar Dan Desa Malaysia Dan Mesyuarat Rancangan Korporat Jabatan (RKJ) Satu (1) Kali Setahun

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kajian Semula Sistem Pengurusan (JKSP) Satu (1) Kali Setahun

  • Menganjurkan Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) Satu (1) Kali Setahun

  • Mengemukakan Akuan Penerimaan Kepada Pelanggan Dalam Tempoh Satu (1) Hari Bekerja Dari Tarikh Aduan  Diterima

  • Memastikan Aduan Diselesaikan Dalam Tempoh Lima Belas (15) Hari Bekerja Dari Tarikh Aduan Diterima Kecuali Bagi Aduan Yang Memerlukan Siasatan Lanjut Sehingga Tempoh Tiga Puluh (30) Hari Bekerja

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Dan Jawatankuasa Perancangan Pembangunan Empat (4) Kali Setahun


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 14-06-2017
Jumlah pengunjung kandungan: 1,212