Required by w3c

 

  Objektif

  • Merumus Rangkakerja Gunatanah Negara yang strategik dan bersepadu untuk tahun 2020
  • Mengubal Dasar Perbandaran Negara (DPN) bagi memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien dan sistematik
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Sistem Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) sebagai salah satu pendekatan pembangunan dalam negara;
  • Melaksanakan semua urusan dengan cekap, teratur dan berkesan mengikut jadual dan tempoh yang ditetapkan dan pemantauan maklumbalas yang kemas dan teratur mengikut tempoh dan format yang ditetapkan; dan
  • Menggubal Dasar Perancangan Desa Negara (DPDN) bagi memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan desa supaya lebih efisien dan sistematik


Fungsi Bahagian

  • Merumus rangka kerja gunatanah yang strategik dan bersepadu melalui penyediaan, pemantauan pelaksanaan serta kajian semula Rancangan Fizikal Negara (RFN), Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (DPFDN).
  • Urusetia Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)


Unit Rancangan Fizikal Negara (URFN)

  • Menyedia dan mengkaji semula RFN
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan RFN

o    Memantau perlaksanaan dasar

o    Memantau perubahan guna tanah mengikut klasifikasi RFN

  • Menyediakan Kajian Penilaian dan Pemantauan RFN dan melaporkannya kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN)
  • Menyedia kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan RFN
  • Mengurus sistem maklumat RFN
  • Memberi input dalam pembentukan dasar dan maklum balas terhadap agenda-agenda global dan wilayah antarabangsa
  • Memberi input dan khidmat kepakaran kepada agensi-agensi dan jawatankuasa peringkat negara dan negeri dalam menangani isu-isu strategik perancangan guna tanah yang berkepentingan nasional
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan RFN dan dasar-dasar yang berkaitan
  • Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai RFN dan dasar-dasar yang berkaitan
  • Memberi khidmat kepakaran perancangan fizikal dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
  • Menjadi urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan pelbagai Jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal RFN

 


Unit Dasar Perbandaran Negara (UDPN)

  • Menyediakan Dasar Perbandaran Negara (DPN)
  • Menjalankan aktiviti publisiti dan sebaran DPN

o    Menyelaras dan memantau pelaksanaan DPN

o    Menghasilkan Laporan Pemantauan Pelaksanaan DPN sekali setahun

o    Membangun dan menguruskan Sistem Pemantauan Pelaksanaan DPN

  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan DPN
  • Mengkaji semula DPN setiap sepuluh tahun atau apabila diarahkan oleh MPFN
  • Menjalankan kajian-kajian berkaitan perbandaran

o    Menjalankan Kajian Profil Bandar bagi bandar-bandar di Semenanjung Malaysia

o    Membangun, mengurus dan mengemaskini Sistem Maklumat Bandar

  • Memberi khidmat kepakaran kepada agensi-agensi lain berkaitan dengan hal-hal perbandaran
  • Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras DPN
  • Menyediakan kertas memorandum MPFN / Jemaah Menteri berkaitan dasar-dasar perbandaran


Unit Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (UDPFDN)

  • Menyediakan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara;
  • Memberi input  dalam pembentukan Program Transformasi Luar Bandar Negara;
  • Memberi input dan kepakaran kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri berkaitan isu-isu strategik perancangan fizikal luar bandar dan guna tanah;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan dan Negeri mengenai hal-hal berkaitan perancangan luar bandar;
  • Menjalankan Kajian Profil Fizikal Kampung;
  • Menjalankan kerja penyelidikan dalam perkara berkaitan luar bandar untuk kegunaan dalam perancangan fizikal luar bandar; dan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam kajian-kajian berkaitan kampung / luar bandar yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan dan Kementerian Kemajuan Wilayah & Luar Bandar (KKLW).


Unit Pembangunan Tanah Bersepakat (UPTB)

  • Menyediakan program perancangan dan menyelaras pelaksanaan Projek PTB

o    Mengenalpasti tapak-tapak berpotensi untuk penyediaan Projek PTB

o    Menyedia dan mempromosikan Manual Penyediaan Projek PTB

  • Menyediakan kajian-kajian pelan pelaksanaan Projek PTB di kawasan bersesuaian
  • Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kertas-kertas kerja berkaitan PTB
  • Membantu penyeliaan rangka kerja perundangan projek PTB
  • Memberi taklimat pemahaman dan latihan mengenai Projek PTB
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada agensi lain yang menyediakan Projek PTB
  • Menyediakan memorandum Jemaah Menteri dan kertas MPFN berkaitan pelaksanaan sistem PTB
  • Menganggotai Jawatankuasa Perundingan Pengurusan oleh Pemaju Projek dalam Pelaksanaan Projek PTB
  • Urusetia Jawatankuasa Pakar PTB
  • Hebahan dan melebarluaskan sistem dan pelaksanaan projek PTB di Malaysia
  • Memantau semua belanjawan projek PTB
  • Membangun, mengurus dan mengemaskini Sistem Maklumat PTB
  • Menyediakan Manual Pelaksanaan Projek PTB

 

Unit Majlis Perancang Fizikal Negara (UMPFN)

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha KPKT
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri
  • Mengurus dan mengemaskini Pangkalan Data MPFN dan Sistem e-MPFN 

Piagam Pelanggan

Matlamat Bahagian Rancangan Fizikal Negara adalah untuk memastikan Perancangan pembangunan fizikal negara dilaksanakan dengan berkesan selaras dengan dasar pembangunan nasional dan memberi komitmen untuk:

  • Mengkaji Semula Rancangan Fizikal Negara Sekali Setiap Lima Tahun
  • Memantau Pelaksanaan Rancangan Fizikal Negara Sekali Setiap Setahun
  • Mengkaji Semula Dasar Perbandaran Negara Sekali Setiap Sepuluh Tahun
  • Memantau Pelaksanaan Dasar Perbandaran Negara Sekali Setiap Tahun
  • Menyediakan Pelan Pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat Dalam Tempoh 24 Bulan
  • Mengadakan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara 3 Kali Setahun 

 


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 05-01-2015
Jumlah pengunjung kandungan: 2,545