Required by w3c

Portal Rasmi

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan

plan malaysia

 

PELAN STRATEGIK JABATAN 2012-2020

 

Penyediaan Pelan Strategik JPBD 2012-2020 merupakan kesinambungan dan penambahbaikan kepada Rancangan Strategik Jabatan (RSJ 920) 2006-2015. Pelan Strategik ini memberi arah tuju JPBD yang jelas dalam merealisasikan visinya untuk ‘Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera dan Mampan Menjelang 2020’

 

Dokumen yang dirangka untuk tempoh lapan (8) tahun ini menetapkan suatu anjakan peranan JPBD dalam meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya selaras dengan dasar transformasi Kerajaan. Ini memerlukan perkhidmatan yang lebih kreatif dan inovatif bagi menambah baik dan memurnikan sistem penyampaian Kerajaan bagi memenuhi aspirasi dan harapan pihak berkepentingan dan pelanggan yang sentiasa meningkat serta mahukan pembaharuan. Peranan dan tanggungjawab ini perlu diterjemah ke dalam satu bentuk perancangan yang strategik, berdaya laksana dan mampu memenuhi keperluan golongan sasaran.

 

Suatu sistem perancangan dan pengurusan yang mantap memerlukan satu sinergi baru bagi menangani isu-isu, cabaran-cabaran dan mengambil peluang-peluang serta mengeksploitasi potensi-potensi yang terserlah dalam mencapai hasrat JPBD. Situasi ini juga menuntut komitmen JPBD untuk memperkasa keupayaannya selari dengan proses pemodenan dan transformasi perkhidmatan agar lebih mudah, pantas dan berkesan serta mempunyai value for money.

 

TERAS STRATEGIK JABATAN

Bagi memastikan pencapaian Visi dan Misi JPBDSM, enam (6) Teras Strategik dan 21 Strategi mengikut Bidang Keberhasilan Utama (KRA) akan diberikan penumpuan dalam tempoh Pelan Strategik Jabatan iaitu : - 

 

Teras Strategik 1 : Mempertingkatkan keberkesanan perancangan dan pengurusan pembangunan guna tanah ke arah kesejahteraan komuniti.

 

 

KRA 1 : Pembangunan guna tanah ke arah kesejahteraan komuniti

Strategi:

i.        Menyediakan rancangan pembangunan dan memantau pelaksanaannya;

ii.      Menyediakan dasar-dasar pembangunan dan pengurusan gunatanah;

iii.     Mempertingkatkan perancangan bersama awam dalam proses penyediaan dan pelaksanaan rancangan pembangunan.

 

Teras Strategik 2 : Memantapkan penyelidikan dan pembangunan bagi mempromosi amalan perancangan terbaik ke arah produk bertaraf dunia.

 

 

KRA 2 : Penyelidikan dan pembangunan ke arah produk bertaraf dunia

Strategi :

i.    Menyediakan Garis panduan perancangan/kajian penyelidikan/eksplorasi pendekatan dan teknik baru/manual baru;

ii.      Meningkatkan pemakaian  dan kualiti Garis Panduan Perancangan; dan

iii.     Melaksanakan Pengukuran Kemampanan Bandar.

 

 

Teras Strategik 3 : Mempertingkatkan pematuhan kepada perancangan pembangunan untuk memastikan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan mampan.

 

 

KRA 3 : Pematuhan kepada perancangan dan pembangunan

Strategi :

i.        Memperkasakan  Akta 172;

ii.      Memperkukuhkan pematuhan kepada Akta 172 untuk memudahcara pembangunan;

iii.     Memastikan penyelarasan pembangunan di antara negeri dan wilayah bersempadan;dan

iv.     Memperkukuhkan Peranan Pengarah Negeri

 

Teras Strategik 4 : Memperkasakan pengurusan maklumat guna tanah negara ke arah perancangan guna tanah yang berkesan dan sistematik.

 

 

KRA 4 : Memperkasakan Maklumat Guna Tanah Negara

Strategi :

i.        Mengukuhkan pangkalan data guna tanah jabatan; dan

ii.      Memperkasakan peranan Pusat Maklumat Gunatanah Negara.

 

 

 

Teras Strategik 5 : Mempertingkatkan kerjasama strategik bagi memperkasakan peranan dan fungsi JPBDSM 

 

KRA 5 : Kerjasama Strategik

Strategi :

i.        Memperkukuhkan jaringan perhubungan dengan pihak yang berkepentingan dan pelanggan;

ii.      Mempertingkatkan penglibatan jabatan di peringkat antarabangsa; dan

iii.     Mempertingkatkan promosi  peranan Perancangan Bandar dan Desa.

 

Teras Strategik 6 : Memantapkan pembangunan kapasiti organisasi ke arah melonjakkan kecekapan dan keberkesanan JPBDSM 

 

KRA 6 : Pembangunan Kapasiti Organisasi

Strategi :

i.        Memantapkan pengurusan sumber manusia;

ii.      Menjayakan pembangunan kompetensi;

iii.     Memperkasakan ICT Jabatan;

iv.     Memantapkan Organisasi;

v.      Memastikan semua lapisan pegawai mempunyai tahap integriti yang tinggi; dan

vi.     Memperkemaskan pengurusan kewangan secara berhemah.

   

 

Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam yang cekap amat diperlukan bagi menjamin kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan dasar dan strategi pembangunan negara. Ia juga bagi memenuhi tuntutan dan ekspitasi rakyat serta masyarakat yang terus meningkat. Justeru, Pelan Strategik ini telah menggariskan beberapa teras strategik dan strategi serta pelan tindakan yang perlu dilaksanakan. Tumpuan turut diberikan kepada usaha penambahbaikan mekanisme pelaksanaan, penyelarasan, pemantauan dan penilaian agar program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut tempoh yang ditetapkan serta pencapaiannya dapat diukur berdasarkan petunjuk prestasi yang ditetapkan. Pelan Strategik ini juga akan dijadikan sebagai rangka kerja kepada pihak pengurusan untuk memantau hala tuju organisasi serta meningkatkan keupayaan dalamannya bagi mencapai visi dan misi yang telah ditetapkan.

 

NILAI-NILAI TERAS

 

Warga JPBD menghayati dan mengamalkan nilai-nilai teras perkhidmatan awam iaitu :- 

 

1.    AMANAH - Setiap tugas hendaklah disempurnakan dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas. 

 

2.    BENAR - Setiap amalan, tindakan dan perilaku hendaklah berasaskan kebenaran, undang-undang dan peraturan.

 

3.    BIJAKSANA - Setiap tugas dan tanggungjawab perlu dilaksanakan secara bijaksana berpandukan ilmu, kemahiran dan tahap profesionalisme yang tinggi.

 

4.    TELUS - Setiap tindakan dan keputusan hendaklah dibuat melalui proses yang telus dan maklumatnya perlu dihebahkan kepada pihak yang berhak selagi ia tidak bercanggah dengan undang-undang dan peraturan.

 

5.    ADIL - Membuat pertimbangan yang saksama dan sama rata dalam setiap tindakan dan keputusan berasaskan undang-undang, peraturan, keutamaan serta fakta yang lengkap dan tepat.

 

6.    BERSYUKUR - Menunjukkan sikap berterima kasih dan menghargai kejayaan, pencapaian dan anugerah yang diperoleh serta menunjukkan kepuasan terhadap nikmat yang diterima.

 

 

NILAI-NILAI BERSAMA 

Warga JPBD menghayati dan mengamalkan nilai-nilai bersama budaya kerja 10K iaitu:- 

1.     Ketaqwaan - Taat perintah Allah dan bekerja sebagai satu amalan ibadat;

 

2.     Komitmen  - Menjalankan tugas-tugas dengan penuh iltizam bagi mencapai objektif dan wawasan Jabatan;

 

3.     Keindahan - Cinta kepada keindahan rohani dan fizikal dalam amalan perancangan;

 

4.     Konsistensi - Melaksanakan tugas-tugas secara konsistensi bagi mencapai kecekapan dan kredibiliti Jabatan;

 

5.     Kesopanan - Mengamalkan sifat hormat-menghormati, toleransi dan muafakat bagi mewujudkan organisasi yang mesra di kalangan kakitangan dan pelanggan;

 

6.     Kemesraan - Mewujudkan suasana kemesraan dan kekeluargaan di kalangan semua lapisan pegawai;

 

7.     Kebolehpercayaan - Amanah dalam menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan;

 

8.     Kecemerlangan - Sentiasa berusaha untuk menjadikan Jabatan sebagai Pusat Kecemerlangan dalam perkhidmatan perancangan bandar dan desa;

 

9.     Kreativiti dan Inovasi - Melahirkan idea-idea yang kreatif dan berinovasi; dan

 

10.  Kesegeraan - Sentiasa peka, responsif dan cepat dalam mencari penyelesaian

 

 


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 08-03-2013
Jumlah pengunjung kandungan: 698