Required by w3c

Pengenalan
 

MPFN telah ditubuhkan pada tahun 2003 di bawah Subseksyen 2A(1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172). MPFN adalah Majlis tertinggi yang bertanggungjawab ke atas perancangan bandar dan desa di Semenanjung Malaysia. MPFN diwujudkan adalah untuk menyelaras semua dasar dan aktiviti berkaitan perancangan bandar dan desa bagi memastikan penggunaan sumber dan pembangunan yang lebih seimbang dan mampan di peringkat negeri dan negara. Tugas-tugas Majlis adalah seperti berikut:  

 

  • Untuk menggalakkan di dalam negara, dalam rangka dasar negara, perancangan bandar dan desa sebagai satu alat yang berkesan dan efisien bagi memperelok persekitaran dari segi fizikal dan ke arah pencapaian suatu pemajuan yang mampan di dalam negara;
     
     
  •  Untuk menasihati Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan mana-mana Negeri, mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan perancangan bandar dan desa yang dikehendaki di bawah Akta 172; dan
     
     
  • Untuk melaksanakan apa-apa tugas lain yang diberikan kepada Majlis di bawah Akta 172.

Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 11-05-2012
Jumlah pengunjung kandungan: 4,169