Required by w3c

Program Bandar Selamat (PBS) yang dimulakan pada tahun 2004 untuk bandar-bandar Malaysia telah digunakan sebagai asas untuk mencegah jenayah jalanan di Malaysia. Program seumpama ini telah terbukti dalam mengurangkan jenayah jalanan di bandar-bandar lain di seluruh dunia. PBS di Malaysia telah diselaraskan oleh Jabatan Jabatan Perancang Bandar dan Desa, Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2004. Objektif utama adalah untuk mewujudkan langkah-langkah pencegahan jenayah yang dengan mudah dapat dilaksanakan dengan kos yang minimum.

Di bawah GTP1.0 (2010-2012), PBS diberi nafas baru dengan sasaran utama untuk mencegah jenayah jalanan dan meningkatkan keselamatan awam berdasarkan syor yang dikemukakan dalam Lab NKRA: Mengurangkan Jenayah. PBS 2004 yang terdiri 23 Langkah Pencegahan Jenayah telah ditakrifkan semula kepada 15 Langkah Bandar Selamat. Pada 25 Januari 2010, Ketua Setiausaha KPKT telah mengarahkan semua Pihak Berkuasa Tempatan untuk melaksanakan PBS.

Kini PBS berada dalam fasa kedua GTP(2013-2015) dengan fokus untuk memperbaiki persepsi orang ramai yang merasa takut menjadi mangsa jenayah melalui Inisaitif Pemutihan Kawasan Black Spot.  


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 13-11-2014
Jumlah pengunjung kandungan: 2,467