Selamat Datang Ke Laman Rasmi JPBD Sem.Malaysia 

   Friday 30th of July 2010 01:44:26 AM  

RSS Feed

RSS JPBD


Kalendar JPBD

Untitled Document

JUN '10
I
S
R
K
J
S
A
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
27
28
29
30

 



 

Latarbelakang

Keperluan tanah lapang dan rekreasi amnya dirancang di dalam penyediaan rancangan struktur, rancangan tempatan serta pelan susun atur sesuatu pembangunan oleh pihak berkuasa perancangan negeri dan tempatan.

Isu tanah lapang dan rekreasi awam sering dibangkitkan antaranya ialah peletakan yang tidak sesuai, saiz yang tidak berfungsi dan dasar yang tidak konsisten. Garis panduan ini disediakan untuk merancang keperluan tanah lapang dan rekreasi untuk semua jenis pembangunan.

 

Definisi

Tanah lapang ialah mana-mana tanah sama ada yang dikepung atau tidak yang dikhaskan atau dirizabkan untuk dikhaskan keseluruhannya atau sebahagiannya sebagai suatu taman bunga awam, taman awam, padang sukan dan rekreasi awam, tempat makan angin, tempat jalan kaki awam atau sebagai suatu tempat awam.

Tanah lapang dan rekreasi adalah berkaitan. Ini adalah kerana rekreasi merupakan aktiviti yang dijalankan di atas mana-mana tanah lapang dan digunakan untuk beriadah.

Dasar Pelaksanaan Perancangan Tanah Lapang dan Rekreasi

  • Menyediakan 10 peratus tanah lapang dan rekreasi bagi semua jenis pembangunan perumahan, perdagangan, perindustrian, bercampur, pelancongan dan institusi.
  • Kemudahan tanah lapang dan rekreasi hendaklah diambil kira dalam penyediaan rancangan pemajuan.
  • Pihak Berkuasa Negeri hendaklah merizabkan dan mewartakan tanah lapang yang telah diluluskan dalam rancangan pemajuan.
  • Penempatan ?carriageway' atau parit bergantung kepada kelebaran rizab jalan serta keperluan teknikal kawasan berkaitan.
  • Dalam Sijil Layak Menduduki (C.F.O), tanah lapang diselenggarakan oleh pemaju sebelum diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan.
  • Menyediakan kolam takungan sebagai sebahagian tanah lapang bagi semua kawasan pembangunan perumahan dan perindustrian bagi mengurangkan masalah.
  • Tanah lapang dan rekreasi hendaklah dilengkapi dengan kemudahan awam seperti tandas awam, telefon awam, surau dan sebagainya mengikut tahap pembangunannya

Garis Panduan Umum

  • Perancangan Tapak
      • Memaksimumkan alam semula jadi seperti badan air, bekas lombong, saliran, bukit-bukau dan kehijauan dalam mereka bentuk imej kawasan taman.
      • Membangun dan mewujudkan sistem taman dalam bandar yang seimbang dan berkualiti.
      • Tapak rata dan berkecerunan kurang 9 darjah.
  • Komponen Tanah Lapang dan Rekreasi - Pelbagai aktiviti diwujudkan seperti padang permainan kanak-kanak, pasar tani dan lain-lain keperluan yang sesuai.
  • Keperluan Minimum Tanah Lapang dan Rekreasi
      • Kegunaan tanah lapang dan rekreasi dikira 100% tanah lapang ialah taman bunga awam, taman awam, padang sukan, rekreasi awam dan tempat makan angin.
      • 30% tanah lapang dan rekreasi dalam suatu pembangunan bagi rizab dan tanah lapang.
      • Saiz minimum tanah lapang dan rekreasi ialah 0.2 hektar (0.5 ekar).
  • Aktiviti dan Kemudahan Sokongan
      • Mesti sesuai untuk pelbagai golongan.
      • Menyediakan kemudahan penyelidikan dan pembangunan seperti pusat kajian, perpustakaan dan kios maklumat.
  • Landskap ? 50% dari keluasan tanah lapang dan rekreasi hendaklah merupakan landskap lembut dan 50% untuk ?plinth area'.
  • Kemudahan Awam ? menyediakan kemudahan seperti tempat letak kenderaan, tandas awam, surau, wakaf, telefon awam dan ia perlulah mengikut pembangunan persekitaran.
  • Rangkaian Laluan Pejalan Kaki ? kelebaran mengikut piawaian dan menghubungkan ke jalan raya.


Garis Panduan Khusus

  • Lot Permainan
      • Disediakan bagi kanak-kanak yang belum bersekolah.
      • Lokasi tidak lebih dari 0.5km (0.3 batu) dari pengguna.
      • Keluasan antara 0.2 hektar ? 0.6 hektar (0.5 ekar ? 1.5 ekar).
      • Laluan pejalan kaki dan gili-gili yang menghala ke taman tersebut perlu direka bentuk berdasarkan kecerunan dan sediakan ?ramp' untuk golongan kurang upaya.
      • Reka bentuk peralatan permainan mestilah berwarna-warni, cantik dan boleh merangsang pemikiran kanak-kanak serta memerlukan penjagaan dan pengawasan yang minimum.
  • Padang Permainan
      • Untuk kegiatan permainan formal atau informal khususnya bagi kanak-kanak bersekolah rendah.
      • Lokasi dalam lingkungan tidak melebihi 1.5 km (0.9 batu) dari kediaman pengguna.
      • Keluasan antara 0.6 hektar ? 2.0 hektar (1.5 ekar ? 5 ekar).
  • Padang Kejiranan 
      • Untuk kegiatan sukan dan rekreasi pasif, padang dan gelanggang sukan berserta taman untuk perteduhan, berkelah dan pengindahan.
      • Lokasi dalam lingkungan jarak 1.5 km (0.9 batu).
      • Keluasan antara 2 hektar ? 8 hektar (5.0 ekar).
      • Menyediakan kawasan turapan untuk ?roller skate' , permainan bebas dan permainan gelanggang seperti takraw, badminton, padang bola sepak, tenis dan lot permainan kanak-kanak untuk permainan ?adventure' bagi umur sekolah rendah.
  • Taman Tempatan
      • Meliputi aktiviti-aktiviti fizikal, sosial dan kebudayaan yang menarik penduduk tempatan.
      • Mempunyai fungsi yang pelbagai seperti untuk bersukan, beriadah dan ruang untuk menonton secara terbuka (open air theatre).
      • Dalam atau berdekatan dengan pusat perkhidmatan atau pusat kejiranan dengan jarak lebih kurang 3 km (1.8 batu) dari kediaman pengguna.
      • Keluasan antara 8 hektar ? 4 hektar (20 ekar - 100 ekar).
      • Menyediakan padang bola, gelanggang tenis, takraw, rekreasi, ragbi, badminton, hoki, bola tampar, bola jaring, kolam renang, kawasan taman dan padang permainan kanak-kanak.
  • Taman Bandaran
      • Pusat tumpuan penduduk bandar bagi kegiatan rekreasi, sukan bermusim dengan jarak antara 5 km. hingga 10 km. (3 batu ? 6 batu).
      • Keluasan 40 hektar ? 100 hektar (100 ekar - 250 ekar).
      • Sediakan padang untuk aktiviti sukan tersusun, gelanggang permainan, bangunan atau dewan sukan, kompleks tenis, badminton, kolam renang dan lain-lain.
  • Taman Wilayah
      • Pusat tumpuan bagi penduduk-penduduk bandar, luar bandar dan daerah lain untuk kegiatan pertandingan acara sukan yang tersusun, sukan yang bermusim atau menikmati persekitaran semula jadi.
      • Tapak yang mempunyai ciri-ciri alam semula jadi dan mempunyai tarikan pelancong dan dalam lingkungan tidak lebih satu jam perjalanan berkenderaan.
      • Keluasan 100 hektar (250 ekar ke atas).
      • Menyediakan kemudahan rekreasi seperti tempat berkelah, 'camping', ?fishing', ?boating', ?hiking', ?jogging', ?jungle tracking', ?scenic drives' dan lain-lain.
  • Taman Nasional
      • Kepentingan pengekalan alam semula jadi adalah lebih diutamakan.
      • Kawasan yang unik dari segi keindahan landskap, kewujudan ?wild life' dan bahan-bahan bagi penyelidikan sains dan geologi dan tiada had dari segi jarak dari penduduk-penduduk.
  • Kemudahan Untuk Orang Tua dan Golongan Kurang Upaya
      • Menyediakan ?ramps' yang cukup lebar untuk penggunaan kerusi roda di semua jenis taman permainan.
      • Jenis buaian khas yang boleh digunakan dengan kerusi roda.
      • Peralatan permainan yang bersesuaian dengan kanak-kanak yang cacat penglihatan.
      • Reka bentuk lorong pejalan kaki-jarak maksimum berjalan kaki tanpa rehat oleh kumpulan kurang upaya.

 

gfdgfd
zcfxczc
Copyright ® 2006
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia , Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel: 03-2698 9211
Faks : 03-2692 9994 Emel: ::Webmaster::  
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.
   

CERTIFICIED  TO ISO 9001:2000
CERT NO. : AR 3499