• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Pejabat Projek Zon Timur

Pejabat Projek Zon Timur

RINGKASAN/PENGENALAN

Kuala Terengganu terletaknya Pejabat Projek Zon Timur (PPZR), iaitu salah sebuah pejabat projek di bawah Bahagian Rancangan Pembangunan,  PLANMalaysia atau sebelumnya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia sejak tahun 2000.Ketika itu PPZR dikenali dengan nama Unit Rancangan Pembangunan Negeri Terengganu (URPNT).Evolusi demi evolusi dialami oleh URPNT ke arah memantapkan peranan dan fungsinya, juga selaras dengan penstrukturan semula JPBD.Ini menyaksikan nama URPNT ditukar kepada Pejabat Projek Kuala Terengganu (PPKT) pada tahun 2003 dan pejabat Projek Zon Timur (PPZR) pada tahun 2008.Pada tahun 2019, URP Kuantan dan URP Kota Bharu telah digabungkan dan diletakkan di bawah satu bumbung di PPZR.

PPZR bertanggungjawab menyelaras penyediaan rancangan-rancangan pembangunan di negeri-negeri pantai timur semenanjung malaysia iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang.Rancangan pembangunan tersebut termasuklah rancangan struktur, rancangan tempatan, rancangan desa dan juga rancangan kawasan khas.

 

FUNGSI

  • Menyediakan Rancangan Struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar ;
  • Menyediakan Rancangan Tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam Rancangan Struktur ;
  • Menyediakan Rancangan Kawasan Khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera bagi Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan ;
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur Rancangan Pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualititermasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program;
  • Mengurus dan menyelaras maklumat Perancangan bagi Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
  • Menyediakan Pemantauan dan Penilaian Outcome ke atas Rancangan Struktur/ Rancangan Tempatan/ Rancangan Kawasan Khas yang telah diwartakan untuk Negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan.
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti Total Management Quality (TQM) bagi melahirkan budaya kerja yang cemerlang ke arah peningkatan produktiviti; dan
  • Lain-lain fungsi termasuklah;
  • Mengurus kemajuan fizikal, kewangan dan kualiti input perunding serta khidmat timbalawan/ sokongan teknikal
  • Melaksana program peningkatan kemahiran dalam aspek-aspek profesionalisme perancangan/ pengurusan serta dalam bidang ICT dan E-Kerajaan
  • Membentuk senarai program dan membuat anggaran kos belanjawan bagi kajian-kajian Rancangan Pemajuan bagi Rancangan Malaysia lima tahun dan kajian separa penggal P32 dan B32
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan Rancangan Pemajuan
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.

 

PIAGAM PELANGGAN

Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Timur

Matlamat

Ke arah merangka persekitaran fizikal, sosial dan ekonomi yang mampan melalui penyediaan rancangan pemajuan di peringkat negeri dan tempatan.

  • Menyediakan Draf Rancangan Struktur dalam tempoh 12 hingga 18 bulan.
  • Menyediakan Draf Rancangan Tempatan dalam tempoh 8 hingga 12 bulan.
  • Menyediakan Draf Rancangan Kawasan Khas dalam tempoh 3 hingga 6 bulan.
  • Memuktamadkan data spatial Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi rancangan pemajuan yang telah diperakukan di peringkat Jawatankuasa Perancang negeri (JPN) dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual pengurusan data geospatial projek rancangan pemajuan.
  • Menyediakan laporan pemantauan dan penilaian outcome rancangan pemajuan selepas dua tahun dari tarikh pewartaan.
  • Mengkaji semula manual penyediaan rancangan pemajuan iaitu :
    • Manual Rancangan Struktur
    • Manual Rancangan Tempatan
    • Manual Rancangan Kawasan Khas,

Sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh lima tahun.

 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan