PERUTUSAN YDP KESPERB
Alhamdullilah kerana dengan izinnya maka siaplah kini Laman Web KESPERB yang kita nanti-nantikan selama ini.
Pengunaan laman web dalam menyebarkan maklumat-maklumat serta pengetahuan kepada ahli telah lama di gunapakai oleh persatuan-persatuan di serata dunia sejak sekian lama. Maka dengan itu, KESPERB juga tidak mahu ketinggalan dalam memenuhi permintaan penyediaan laman web ini. Adalah diharapkan dengan penyedian laman web ini, KESPERB dapat mengukuhkan kedudukannya dari masa ke semasa. Kepada semua ahli adalah diharapkan dapat menyalurkan informasi-informasi terkini kepada web master dalam mengemaskini laman web KESPERP ini seberapa kerap yang mungkin.
Adalah diharapkan laman web ini dapat menjadi input kepada para ahli dalam memaklumkan aktiviti-aktiviti yang telah dan akan dilakukan oleh KESPERB sepanjang sesi 2007-2009.