PERTANDINGAN FOTSAL

Pada 3 SEPTEMBER 2005, KESPERB dengan kerjasana BRFN telah menganjurkan pertandingan fotsal antara bahagian yang di sertai oleh 9 pasukan lelaki dan 8 pasukan wanita. Pertandingan telah diadakan di Pusat sukan indoor di bukit jalil. Bagi bahagian lelaki,kemenangan berpihak kepada pasukan RFN A yang menewaskan pasukan dari Bahagian khidmat pengurusan 3-0. tempat ketiga dimenangi oleh Bahagian Rancangan Wilayah yang menewaskan pasukan dari BTM. Manakala bagi pasukan wanita pula telah dimenangi oleh pasukan dari Bahagian Rancangan Wilayah yang menewaskan pasukan dari Khidmat pengurusan 2-0 dengan tendangan penalty. Tempat ketiga pula dimenangi oleh pasukan dari PPKL.

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR & BOLA JARING

Pada 2 Julai 2005, KESPERB telah mengadakan satu aktiviti sukan antara bahagian untuk sukan bola tanpat dan bola jaring. Pertandingan ini manampilkan 8 kumpulan mewakili 8 bahagian dalam JPBD untuk sukan bola tampar serta JPBD HQ dan PPKL masing-masing menghantar 1 pasukan untuk sukan bola jaring.Untuk pertandingan bola tampar, Bahagian RFN telah mengondol tempat pertama dengan mengalahkan pasukan dari PPKL manakala untuk sukan bola jaring pula dimenenangi oleh pasukan dari PPKL.

LAWATAN KE PETROSAINS

Pada 7 Jun 2005, KESPERB telah mengadakan satu lawatan sambil belajar untuk anak-anak ahli KESPERB ke PETROSAINS di Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Kuala Lumpur. Seramai 40 orang kanak-kanak dan 7 orang AJK lawatan telah menjayakan lawatan ini.

 

 

PERTANDINGAN "STREET SOCCER"

Seperti semua maklum, pada bulan April, kita telah menjalankan aktiviti sukan Street Soccer antara bahagian . Pertandingan ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara ahli di samping memupuk semangat bersukan dalam mewujudkan pekerja yang sihat. Acara ini telah dimenangi oleh Bahagian Khidmat Pengurusan yang menundukkan pasukan dari Bahagian Rancangan Fizikal 1-0.

Copyright ® 2006
KESPERB
Tel: 03-26989211 Faks : 03-26989994 Emel:  ::Webmaster::    
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.

PENAFIAN: KESPERB tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.