|
|
|||||||||||||||
+
|
Anda di : Perkhidmatan Perancangan > Dasar Perbandaran Negara |
||||||||||||||
Pengenalan | Dasar DPN | Langkah-Langkah DPN Pengenalan Falsafah Pembentukan dasar-dasar perbandaran perlu berasaskan kepada falsafah bandar yang sejahtera merangkumi perkara-perkara berikut:
Matlamat Pembangunan perbandaran perlu mempunyai matlamat ke arah mewujudkan persekitaran yang dapat merealisasikan komuniti dan kehidupan yang sejahtera; yang mana memerlukan keseimbangan dalam semua aspek pembangunan iaitu fizikal, ekonomi, sosial dan alam sekitar.Untuk mencapai hasrat ini, penggubalan Dasar Perbandaran Negara adalah berpandukan kepada matlamat berikut :
Objektif Berdasarkan kepada matlamat di atas, enam objektif telah dikenalpasti iaitu:
Pelaksanaan Dasar Perbandaran Negara perlu mempunyai pelan tindakan bagi melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal. Ketua Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia adalah bertanggungjawab menyediakan dan memastikan pelaksanaan Dasar Perbandaran Negara. Tanggungjawab pelaksanaan dasar ini perlu dilaksanakan bersama oleh pelbagai kementerian, jabatan dan agensi yang bertanggungjawab dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan perkhidmatan perbandaran. Terdapat keperluan untuk mengadakan hubungan kerjasama bagi melaksanakan langkah-langkah yang menjadi tanggungjawab bersama antara pelbagai kementerian, jabatan dan agensi terbabit. Agensi yang dikenalpasti bertanggungjawab dalam melaksanakan dasar-dasar dan langkah-langkah dalam DPN perlu menterjemahkan dasar-dasar tersebut ke dalam program dan projek masing-masing. Cadangan program dan projek ini akan memberi implikasi kewangan yang perlu diserap oleh pelbagai agensi pelaksana dan dijadikan sebagai asas untuk mendapatkan bajet tahunan dan Rancangan Malaysia Lima Tahun. Pemantauan pelaksanaan dasar dan peruntukan yang mencukupi perlu diadakan untuk memastikan DPN dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Sila muat turun dokumen perancangan Dasar Perbandaran Negara (DPN) [.pdf] |
|||||||||||||||
Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 12 April 2010 |
|||||||||||||||
|
Notis Hakcipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Tarikh Dikemaskini : 4 April 2011 Hakcipta Terpelihara © 2010. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia |
|||||||||||||||