|
|
|||||||||||||||
+
|
Anda di : Perkhidmatan Perancangan > Penyelidikan > Bandar Selamat |
||||||||||||||
Pengenalan | Langkah Pencegahan | Program | Kemajuan Terkini | Kesan/Langkah Pengenalan Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya sentiasa dalam keadaan paling terpelihara. Tidak menimbulkan suasana yang boleh menggalakkan kejadian mengganggu-gugat kesejahteraan setempat. Penghuni sentiasa berada dalam keadaan yang paling selamat, sejahtera, sihat dan ceria. Pelaksanaan Program Bandar Selamat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2004 memutuskan supaya diwujudkan bandar dan pekan selamat misalnya mengelakkan lorong-lorong daripada sunyi, gelap dan lain-lain pembaikan sebagai langkah untuk mencegah jenayah. Empat (4) Matlamat Utama Mewujudkan Bandar yang Selamat
Lima (5) Langkah Pelaksanaan Segera 1) Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dengan Jalan Bermotor PBT akan mengenalpasti beberapa tumpuan kawasan awam seperti stesen bas dan rel disediakan bagi mengasingkan pejalan kaki dari laluan motor. 2) Penyediaan Bollard atau Pagar PBT akan menyediakan bollard atau pagar di tempat-tempat tertentu bagi mengasingkan laluan pejalan kaki dengan laluan motosikal. 3) Mencuci / Mengemas Kawasan-Kawasan Semak dan Terlindung Meningkatkan pembersihan kawasan-kawasan kotor dan grafiiti khususnya, di tempat-tempat awam seperti di sekitar laluan stesen bas, rel dan lorong-lorong tepi dan belakang premis perniagaan utama. Dengan demikian, tempat-tempat ini akan mudah diawasi oleh PBT dari aktiviti-aktiviti jenayah. 4) Laluan Awam Tidak Terlindung Atau Terhalang Dari Pandangan Awam Jejantas tidak dipenuhi dengan papan-papan iklan yang boleh melindungi laluan dari pandangan awam. Ini memudahkan aktiviti jenayah ragut, aktiviti penagihan dadah dan sebagainya. Sebarang iklan di jejantas hendaklah di paras yang tidak menghalang penglihatan (seperti di paras bumbung). 5) Mencahayakan / Menerangkan Kawasan-Kawasan Gelap Yang Menjadi Sasaran Atau Tumpuan Penjenayah Memasang lampu di laluan jejantas, letak kereta, terowong dan sebagainya bagi memudahkan pengawasan. Semua premis perniagaan perlu memasang lampu di laluan kaki lima supaya mudah untuk diawasi dan tidak menjadi tempat yang mudah bagi peragut. |
|||||||||||||||
Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 12 April 2010 |
|||||||||||||||
|
Notis Hakcipta | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan Tarikh Dikemaskini : 4 April 2011 Hakcipta Terpelihara © 2010. Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia |
|||||||||||||||