Definisi
Satu aplikasi
untuk mewujudkan pangkalan data dalam bentuk
digital yang dapat mengukur Kemampanan Bandar
yang akan memberi gambaran pencapaian kualiti
rupa bentuk fizikal bagi sesebuah Pihak
Berkuasa Tempatan secara berterusan.
Matlamat
Kajian
Matlamat
kajian ini ialah untuk melaksanakan petunjuk-petunjuk
bandar mampan bagi mengukur dan menilai
tahap pencapaian kualiti sebuah bandar.
Objektif
Kajian
Mengkaji
isu, masalah dan kekuatan sesebuah Bandar
berdasarkan petunjuk-petunjuk bandar mampan.
Menyediakan
cadangan-cadangan dan strategi pembangunan
bandar mampan bagi sesebuah bandar.
Bandar
Mampan
Bandar
mampan mengikut definisi ‘United
Nations Centre For Human Settlements’
(HABITAT) dalam Program Bandar Mampan adalah
“Bandar Yang Mampu Mengekalkan Pencapaian
Dalam Pembangunan Sosial, Ekonomi Dan Fizikal
Untuk Selama-lamanya”.
Manakala
definisi bandar mampan yang dikemukakan
oleh ‘Research Triangle Institute’
(RTI) ialah “Wilayah Metropolitan
yang boleh bersaing dengan jayanya di peringkat
global tetapi masih boleh mengekalkan keunggulan
budaya dan alam sekitarnya”.
Konsep
Pembangunan Bandar Bandar
Mampan
Di
Malaysia, konsep bandar mampan dilihat bukan
sahaja dari perspektif bandar mampan pada
peringkat antarabangsa tetapi disesuaikan
dengan Prinsip-prinsip Perancangan dan Pembangunan
Sejagat secara menyeluruh yang telah diterima
pakai oleh JPBD (Garis Panduan Perancangan
dan Pembangunan Sejagat [Edisi Kedua] JPBD
Bil 4/2000).
Di antara lain, Garis Panduan ini menyarankan
agar perancangan pembangunan (termasuk bandar)
haruslah juga mempunyai ciri-ciri adil dan
saksama , ihsan, aman dan selamat, menghormati
ilmu dan sentiasa mengingati Pencipta serta
bersih dan cantik.
Untuk mencapai tahap bandar mampan khususnya
dan negara maju menjelang 2020 amnya, tahap
kemampanan sesuatu petempatan hendaklah
sentiasa diukur dan dipertingkatkan supaya
kualiti hidup penduduk tempatan dapat dipertingkatkan
pada setiap masa.
Petunjuk
Bandar Mengikut Sektor
Untuk maklumat lanjut sila layari laman Gerbang MURNInet di http://www.townplan.gov.my/murninet
|