Selamat Datang Laman Rasmi JPBD Sem.Malaysia  

   Thursday 09th of September 2010 08:59:44 PM  

RSS Feed

RSS JPBD


Kalendar JPBD

Untitled Document

JUN '10
I
S
R
K
J
S
A
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
27
28
29
30


 

 

FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN DI JABATAN PERANCANGAN BANDAR & DESA SEM. MALAYSIA
.::English::.


BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN

Adalah berhubung dengan :

  • Pentadbiran Am
  • Perkhidmatan dan Perjawatan
  • Kewangan dan Pengurusan Stor
  SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT
   
 
  • Membangun dan membuat semakan semula ICT Strategik Plan (ISP) yang merancang hala tuju pembangunan program ICT bagi menyokong visi dan misi Jabatan.
 
  • Mengkaji, merancang dan melaksana perolehan, pembangunan dan penyelenggaraan infrastuktur ICT mengikut perancangan ISP Jabatan.
 
  • Mengkaji, merancang, melaksana dan menyelaras perolehan, pembangunan, penggunaan dan penyelenggaraan aplikasi ICT bagi menyokong perkhidmatan teras dan sokongan Jabatan.
 
  • Mengkaji, merancang dan melaksana pembangunan dan penyelenggaraan keselamatan ICT Jabatan.
 
  • Mengurusetia mesyuarat berkaitan ICT yang dipengerusikan Ketua Pegawai Maklumat (CIO) serta memberi khidmat nasihat teknikal dan latihan dalam bidang ICT.
 
  • Mewakili Ketua Pegawai Maklumat (CIO) dalam mesyuarat dan perbincangan berkaitan ICT dengan agensi kerajaan dan swasta yang lain.

BAHAGIAN KORPORAT [ Carta Organisasi ]
  • Bertindak sebagai Urusetia Majlis Perancang Fizikal Negara;
  • Merumus dan memastikan pelaksanaan Dasar-dasar Pengurusan Strategik Jabatan;
  • Merancang dan menyelaras Program Pembangunan Jabatan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun;
  • Menjalankan tugas-tugas Urusetia bagi Mesyuarat-mesyuarat utama;
  • Menjalankan tugas-tugas Sebaran Maklumat, Publisiti dan Perhubungan Awam; dan
  • Menyelaras perlantikan perunding bagi kajian-kajian
BAHAGIAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN
  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa secara berterusan melalui pengendalian kajian-kajian penyelidikan dan seterusnya penghasilan dokumentasi seperti Piawaian, Garis Panduan dan Nasihat Perancangan yang dapat dirujuk untuk perancangan dan pembangunan bandar dan desa.

BAHAGIAN PERUNDANGAN DAN KAWAL SELIA [ Carta Organisasi ]

  • Menyediakan khidmat nasihat dan rundingan berkaitan perundangan perancangan bandar dan desa;
  • Menyediakan sistem perundangan yang terkini melalui semakan dan gubalan Akta, Kaedah-Kaedah, Garis Panduan Pelaksanaan, Manual, Ensiklopedia, Monograf dan Risalah perancangan bandar dan desa;
  • Memastikan aktiviti pembangunan berkepentingan negara dapat dipertimbang dan dipantau secara adil dan saksama supaya menepati prinsip-prinsip perancangan; dan
  • Memastikan sistem penyampaian yang berkesan di PBPT berhubung perancangan bandar dan desa dapat diperkukuhkan.

BAHAGIAN MAKLUMAT GUNATANAH NEGARA
[ Carta Organisasi | Fungsi Unit Maklumat Gunatanah & Unit Khidmat Pengguna]

  • Membangun, mengurus dan menyelaras pangkalan data Jabatan. Menguruskan pengumpulan, verifikasi, penyeragaman, penyimpanan dan perkongsian data geospatial Jabatan.
  • Mengurus dan menyelaras perkongsian data antara Bahagian dan Pejabat Projek.
  • Menguruskan data yang dipohon oleh agensi kerajaan ataupun swasta.

BAHAGIAN RANCANGAN FIZIKAL NEGARA

  • Merumuskan Rangka Kerja gunatanah yang strategik dan bersepadu melalui penyediaan, pemantauan, pelaksanaan serta kajian semula Rancangan Fizikal Negara (RFN), Dasar Perbandaran Negara (DPN), Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB) dan Dasar Perancangan Negara (DPDN).
  • Menyedia dan memantau pelaksanaan serta mengkaji semula Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Dasar Perbandaran Negara (DPN);
  • Mentadbir Sistem Maklumat RFN, DPN dan PTB serta merekabentuk modul aplikasi yang berkaitan;Menyedia dan memantau pelaksanaan serta mengkaji semula Rancangan Fizikal Negara (RFN) dan Dasar Perbandaran Negara (DPN);
  • Menggubal dasar dan program serta menyediakan kajian-kajian yang berkaitan dengan pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB);
  • Memberi input dalam pembentukan dasar dan maklumbalas terhadap agenda-agenda global dan wilayah antarabangsa;
  • Memberi input dalam menangani isu-isu strategik; dan
  • Menyediakan Dasar Perancangan Desa Negara (DPDN).

BAHAGIAN PERANCANGAN WILAYAH

  • Menjalankan tugas-tugas keurusetiaan Jawatankuasa Perancang Wilayah.
  • Menyediakan rancangan wilayah yang komprehensif.
  • Melaksanakan tugas-tugas berkaitan dengan perancangan dan pemantauan pembangunan Cyberjaya, Pusat Pentadbiran Persekutuan Sarawak dan Kajian Pembangunan Pulau-Pulau
  • Tugas-Tugas Jawatankuasa Perancang Wilayah berasaskan Sub-seksyen 6A(5) Akta 172)
  • Menasihati dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri (JPN) dan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT) dalam wilayah itu mengenai rancangan pemajuan yang sesuai bagi wilayah itu mengikut dasar negara;
  • Membuat dasar dan merangka suatu rancangan wilayah yang komprehensif untuk memandu dan menyelaras pemajuan wilayah itu;
  • Merancang dan menyelaras penyediaan infrastruktur dan kemudahan bagi wilayah itu;
  • Mewujudkan proses dan tatacara yang seragam untuk digunakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan bagi wilayah itu;
  • Mengawasi pelaksanaan piawaian, garis panduan dan tatacara dalam memudahkan pemajuan wilayah itu; dan
  • Menjalankan penyelidikan yang perlu bagi perancangan wilayah itu.

UNIT PENYELARASAN PROJEK

  • Merancang, mengawal, menyelaras dan memantau pemajuan fizikal dan kewangan projek-projek pembangunan.
  • Mengurus dan menyelaras kajian-kajian Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur dan Rancangan Tempatan.
  • Memantau prestasi dan Progran Rancangan Pembangunan.
  • Mengendalikan Kajian Perancangan dan Pembangunan Luar Bandar.
  • Membantu Pihak Berkuasa Tempatan dalam usaha publisiti dan penyertaan awam.
  • Menyediakan Anggaran perbelanjaan dan mengurus peruntukan kewangan daripada Ibu Pejabat, Kerajaan Negeri dan PBT.
  • Urusetia kepada pelbagai peringkat mesyuarat kemajuan projek.
  • Menyedia dan membentang kertas-kertas kerja berkaitan dengan Rancangan Pembangunan.
  • Menjalankan urusan pentadbiran pejabat.

PEJABAT PROJEK ZON TENGAH [ Carta Organisasi ]

  • Merancang dan melaksana Program Kajian Rancangan Pembangunan termasuk pelan statutori dan pelan bukan statutori bagi negeri-negeri di Zon Tengah (Selangor dan Perak).
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi Pejabat Projek Kuala Lumpur melalui penyediaan Rancangan Pemajuan.
  • Merancang dan melaksana program-program peningkatan kualiti dan penambahbaikan prosedur termasuk penyediaan Garis Panduan Perancangan Kampung-kampung di Kawasan Desa.
  • Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran bagi Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Kuala Lumpur.
  • Memberi khidmat nasihat/ kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan Pejabat Projek Kuala Lumpur.
  • Mengurus aduan pelanggan dan sebaran am mengenai perkhidmatan Perancang Bandar dan Desa bagi Pejabat Projek Kuala Lumpur.

PEJABAT PROJEK ZON UTARA

  • Merancang dan melaksana Program Kajian Rancangan Pembangunan termasuk pelan statutori dan pelan bukan statutori bagi negeri-negeri di Zon Utara (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis) iaitu:
    • Kajian-kajian Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Kawasan Khas dan Rancangan Desa yang merangkumi pengurusan kemajuan fizikal, kewangan dan kualiti imput perunding serta khidmat timbalawan/ sokongan teknikal.
    • Belanjawan Peruntukan Pembangunan (P43) bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun, Kajian Separuh Penggal dan Belanjawan Tahunan Projek.
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi Pejabat Projek Alor Star melalui penyediaan Rancangan Pemajuan.
    • Melaksana program meningkatkan kemahiran dalam aspek-aspek profesionalisme perancangan/pengurusan serta dalam bidang ICT dan E-Kerajaan.
  • Merancang dan melaksana program-program peningkatan kualiti dan penambahbaikan prosedur termasuk penyediaan Garis Panduan dan Manual Rancangan Kawasan Khas serta Garis Panduan dan Manual Seranta dan Penyertaan Awam.
  • Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran bagi Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Alor Star.
    • Belanjawan Peruntukan Mengurus (B43) bagi aktiviti pengurusan kualiti dan penambaikan prosedur, meningkatkan kemahiran dan kualiti tenaga kerja serta pembelian aset dan peralatan.
  • Memberi khidmat nasihat/ kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan Pejabat Projek Alor Star.
  • Mengurus aduan pelanggan dan sebaran am mengenai perkhidmatan Perancang Bandar dan Desa bagi Pejabat Projek Alor Star.

PEJABAT PROJEK ZON TIMUR

  • Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran bagi Pejabat Projek Zon Timur dan Unit-Unit berkaitan.
  • Merancang dan melaksana Program Kajian Rancangan Pembangunan termasuk pelan statutori dan pelan bukan statutori bagi negeri-negeri di Zon Timur (Terengganu, Pahang dan Kelantan).
  • Membentuk dan mengemas kini sistem maklumat perancangan bagi ketiga-tiga pejabat berkenaan.
  • Merancang dan melaksana program-program peningkatan kualiti dan penambahbaikan prosedur termasuk penyediaan Garis Panduan dan Manual Rancangan Struktur Negeri.
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan ketiga-tiga pejabat berkenaan.
  • Mengurus dan menyelesaikan aduan pelanggan dan sebaran am mengenai perkhidmatan perancang bandar dan desa bagi Pejabat Projek Zon Timur.

PEJABAT PROJEK ZON SELATAN [ Objektif & Piagam Pelanggan ]

  • Merancang dan melaksana program kajian Rancangan Pemajuan bagi Bahagian Rancangan Pembangunan Zon Selatan meliputi kajian-kajian Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.
  • Mengurus kemajuan fizikal, kewangan dan kualiti input perunding serta khidmat timbalawan/sokongan teknikal.
  • Membentuk senarai program dan membuat anggaran kos belanjawan bagi kajian-kajian Rancangan Pemajuan bagi Rancangan Malaysia lima tahun dan kajian separa penggal P43 dan B43.
  • Melaksana program peningkatan kemahiran dalam aspek-aspek profesionalisma perancangan/pengurusan serta dalam bidang ICT dan e-kerajaan.
  • Merancang dan melaksana program-program peningkatan kualiti dan penambahbaikan prosedur termasuk penyediaan Manual Rancangan Tempatan dan Penilaian Program.
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan, melalui penyediaan Rancangan Pemajuan.
  • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
  • Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran bagi Bahagian Rancangan Pembangunan zon berkenaan.
  • Mengurus aduan pelanggan dan sebaran am mengenai perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa bagi zon selatan.
  • Mengangotai Jawatankuasa di peringkat Persekutuan dan Negeri di dalam memberi khidmat perancangan antara agensi.

 

gfdgfd
zcfxczc
Copyright ® 2006
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia , Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel: 03-2698 9211
Faks : 03-2692 9994 Emel: ::Webmaster::  
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.
   

CERTIFIED  TO ISO 9001:2008
CERT NO. : AR 3499