Selamat Datang Ke Laman Rasmi JPBD Sem.Malaysia  

   Thursday 09th of September 2010 08:54:00 PM  

RSS Feed

RSS JPBD


Kalendar JPBD

Untitled Document

JUN '10
I
S
R
K
J
S
A
.
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
27
28
29
30


 

FUNGSI JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA SEMENANJUNG MALAYSIA
.:: Versi B. Inggeris::.

FUNGSI PERINGKAT PERSEKUTUAN
Memberi nasihat kepada Kerajaan Persekutuan dalam semua hal perancangan yang berkaitan dengan penggunaan dan pembangunan tanah
Bertindak sebagai urusetia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara yang dibentuk di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Menggalakkan sistem perancangan yang komprehensif, efektif dan efisien melalui undang-undang perancangan, metodologi perancangan, kajian perancangan, piawaian, prosedur dan kaedah perancangan
Menterjemahkan dasar sosioekonomi nasional kepada bentuk fizikal dan spatial mengikut formula guna tanah dan dasar serta program petempatan
Membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan agensi-agensi kerajaan dalam penyediaan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas
Menyelia, mengemaskini dan menerbitkan perangkaan, buletin dan kaedah yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa


FUNGSI PERINGKAT NEGERI
Bertindak sebagai penasihat utama kepada kerajaan negeri, dalam semua hal perancangan, termasuk penggunaan dan pembangunan tanah
Berfungsi sebagai setiausaha bagi Jawatankuasa Perancang Negeri yang ditubuhkan di bawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)
Menasihati pihak berkuasa tempatan berhubung dengan dasar dan kawalan perancangan tanah dan bangunan
Mengawal pembangunan dalam negeri termasuklah kelulusan dan kawal selia ke atas pelaksanaan rancangan pemajuan
Membantu dalam penyediaan tataatur bagi projek khas yang dikendalikan kerajaan negeri
Mengendalikan kajian dan penyelidikan berkenaan penggunaan dan pembangunan tanah


FUNGSI PERINGKAT TEMPATAN
Merancang, menyelaras dan mengawal penggunaan dan kemajuan tanah dan bangunan dalam kawasan pihak berkuasa tempatan
Mengendalikan, membantu dan menggalakkan pengumpulan, pengemaskinian dan penerbitan statistik, buletin, monograf dan penerbitan lain yang berkaitan dengan perancangan bandar dan desa serta kaedahnya
Melaksanakan tugas lain yang berkenaan yang dipertanggungjawabkan oleh pihak berkuasa negeri atau Jawatankuasa Perancang Negeri dari masa ke semasa
gfdgfd
zcfxczc
Copyright ® 2006
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia , Jalan Cenderasari,
50646 Kuala Lumpur, MALAYSIA.
Tel: 03-2698 9211
Faks : 03-2692 9994 Emel: ::Webmaster::  
Paparan terbaik Internet Explorer 5.0 ke atas, resolusi 1024 x 768 pixel.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia dan Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kehilangan dan kerugian yang disebabkan oleh penggunaan maklumat yang diperolehi dari laman ini.
   

CERTIFICIED  TO ISO 9001:2000
CERT NO. : AR 3499