Required by w3c

Portal ini merangkumi carian maklumat gunatanah bagi kajian Rancangan Fizikal Negara, Rancangan Struktur Negeri dan Rancangan Tempatan Daerah yang telah disediakan. Portal ini juga mampu menyemak mengikut jenis gunatanah.

Planning Geodata Centre merupakan pangkalan data geospatial Jabatan Perancangan bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM) yang memuatkan 2 jenis data iaitu data-data kajian fizikal dan data dari agensi luar.

Data geospatial digital (spatial dan attribute)

Semua data daripada kajian yang dilakukan di bawah tanggungjawab jabatan, serta semua data yang telah ditambahbaik daripada data luar jabatan (dalam bentuk digital atau telah ditukar format daripada bukan digital kepada digital) termasuk data imej satelit;

Data geospatial bukan digital (non-spatial)

Semua data daripada kajian yang dilakukan di bawah tanggungjawab jabatan, serta semua jenis data yang telah ditambahbaik daripada data luar jabatan (dalam bentuk bukan digital atau telah ditukar format daripada digital kepada bukan digital) termasuk data imej satelit.

Harga data geospatial gunatanah mengikut kapasiti data per megabait iaitu RM 483.00/mb.

Sila rujuk dengan Bahagian Maklumat Gunatanah Negara atau pergi ke Aplikasi Planning Geodata Centre (PGC) di http://pgc.townplan.gov.my

Jika soalan yang anda dicari tidak tersenarai di atas, sila menghubungi kami di :-
Pegawai Perhubungan Awam,
Bahagian Korporat,
Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia,
Jalan Cenderasari, 50646, Kuala Lumpur
Tel : 03-2265 0600
Faks : 03-2265 0601
Emel : webmaster at townplan dot gov dot my

Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 03-01-2013
Jumlah pengunjung kandungan: 11,327