Required by w3c

plan malaysia

Webmail
PLANMalaysia

Webmail

CENTRAL FOREST SPINE (CFS)

Pelan Induk Central Forest Spine (CFS) merangkumi kawasan hutan yang tergolong di dalam kelompok kompleks hutan di Semenanjung Malaysia. CFS seperti yang diterjemahkan di dalam Rancangan Fizikal Negara merupakan tulang belakang bagi rangkaian Persekitaran Kawasan Sensitif dalam Semenanjung Malaysia, yang terdiri daripada empat kelompok hutan iaitu [i] Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang – Banjaran Nakawan, [ii] Taman Negara – Banjaran Timur,[iii] Pahang Tenggara, Chini dan kawasan berpaya Bera, dan [iv] Taman Negara Endau Rompin-Rezab Hidupan Liar Kluang.

Rancangan Fizikal Negara (RFN) telah mengenalpasti fragmentasi hutan sebagai ‘ancaman kepada pemuliharaan hutan dan perlindungan biodiversiti’. RFN turut menyedari bahawa ‘pemuliharaan hutan penting dalam pengurusan tanah negara yang optimum’. Kepelbagaian penggunaan kawasan hutan akan lebih dipertingkatkan melalui pengenalpastian kawasan CFS dan program untuk mewujudkan jaringan dan koridor ke kawasan hutan simpan yang lebih terpencil’. Di dalam Dasar RFN 19 telah menyatakan bahawa CFS akan diwujudkan bagi membentuk tulang belakang rangkaian Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS). Oleh yang demikian, penyatuan kawasan fragmen hutan ini sangat penting dalam mewujudkan keseimbangan dan faedah di antara arus pembangunan dan aktiviti pemuliharaan (RFN, 2005).

 

Menyedari betapa pentingnya kewujudan penyatuan fragmen hutan tersebut, Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia, telah menyediakan satu kajian pelan induk dengan objektifnya untuk mewujudkan semula hubungan, jaringan dan mengekalkan ataupun memulihara hubungan tersebut bagi kawasan hutan yang telah terpisah di kawasan CFS Semenanjung Malaysia.

  

Kawasan liputan Pelan Induk bagi Koridor Ekologi meliputi kawasan CFS 1 iaitu dari barat negeri Kedah sehingga bahagian timur Terengganu (Negeri Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang) dan CFS 2 yang meliputi bahagian selatan Semenanjung Malaysia (di antara Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan dan Selangor). CFS1 merangkumi kawasan seluas kira-kira 3 juta hektar manakala CFS 2 merangkumi kawasan seluas 2.3 juta hektar. Kompleks-kompleks hutan yang terlibat di dalam kajian Pelan Induk ini adalah (Rajah 1.1):  

 

1. Banjaran Titiwangsa – Banjaran Bintang – Banjaran Nakawan
2. Taman Negara – Banjaran Timur
3. Tanah Lembap Tenggara Pahang, Tasik Chini dan Tasik Bera
4. Taman Negara Endau Rompin – Rizab Hidupan Liar Kluang
 
               Rajah 1.1 : Kompleks Hutan Dalam CFS
 

www.townplan.gov.my/download/Cover dan Separator_1.pdf

www.townplan.gov.my/download/Glosari.pdf

www.townplan.gov.my/download/Isi Kandungan.pdf

www.townplan.gov.my/download/Bab 1 - Pengenalan .pdf

www.townplan.gov.my/download/BAB2-K~1_2.PDF

www.townplan.gov.my/download/BAB3-R~1_2.PDF

www.townplan.gov.my/download/BAB3-R~2_2.PDF

www.townplan.gov.my/download/BAB3-R~3_2.PDF

www.townplan.gov.my/download/BAB4-G~1_2.PDF

www.townplan.gov.my/download/Bab 5 - Pelan Pelaksanaan_2.pdf


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 18-03-2013
Jumlah pengunjung kandungan: 548,269