Required by w3c

plan malaysia

Webmail
PLANMalaysia

Webmail

TERAS 1 : Pembangunan Perbandaran yang Efisien dan Mampan

DPN 1

:

DPN menjadi rangka kerja asas pembangunan bandar-bandar di Malaysia

DPN 2

:

Pembangunan bandar-bandar perlu berdasarkan kepada sistem hierarki bandar DPN

DPN 3

:

Setiap pembangunan bandar perlu berdasarkan kepada Rancangan Pembangunan dan Pemajuan yang disediakan

DPN 4

:

Had pembangunan bandar ditentukan berasaskan daya tampungan bagi setiap bandar di seluruh negara

DPN 5

:

Perancangan gunatanah yang optima dan seimbang perlu diberi penekanan dalam pembangunan bandar

DPN 6

:

Pembangunan bandar perlu memberi keutamaan kepada pembangunan semula di dalam kawasan bandar

DPN 7

:

Pembangunan kampung di dalam bandar perlu diintegrasi dengan pembangunan bandar

DPN 8

:

Kawasan Sensitif Alam Sekitar dan Kawasan Pertanian Utama perlu dipulihara

DPN 9

:

Kawasan lapang dan rekreasi yang mencukupi perlu disediakan mengikut keperluan penduduk

 


TERAS 2 : Pembangunan Ekonomi Bandar yang Kukuh, Dinamik dan Berdaya Saing

 

DPN 10

:

Pembangunan aktiviti ekonomi bandar yang bernilai tambah dan berintensifkan pengetahuan (k-ekonomi) di semua konurbasi digalakkan

DPN 11

:

Pembangunan ekonomi Pusat Petempatan Utama dan Kecil perlu digiatkan untuk menyokong peranannya dalam pembangunan wilayah

DPN 12

:

Bandar-bandar yang mempunyai fungsi dan ciri-ciri khas dibangunkan mengikut potensi dan keistimewaan masing-masing

DPN 13

:

Peluang pekerjaan terutama kepada kumpulan yang berpendapatan rendah dipertingkat dan dipelbagaikan tanpa mengira kaum

DPN 14

:

Pembangunan kawasan perbandaran akan mengambilkira identiti Malaysia yang melibatkan pelbagai kaum. Penglibatan golongan Bumiputera dan mereka yang berpendaparan rendah dalam sektor ekonomi bandar akan dipertingkatkan. Pada masa yang sama, kepentingan dan peluang serta potensi masa depan kaum lain yang sedia ada tidak terjejas atau disekat.

 

 

TERAS 3 : Sistem Pengangkutan Bandar yang Bersepadu dan Efisien

 

DPN 15

:

Sistem pengangkutan awam yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna dibangunkan

DPN 16

:

Sistem pengurusan lalulintas yang lebih menyeluruh dilaksanakan untuk memastikan pergerakan lalulintas yang lebih cekap dan berkesan

DPN 17

:

Rangkaian jalan raya yang lebih menyeluruh dibangunkan bagi meningkatkan aksesibiliti dan mobiliti di dalam dan di antara bandar

 


TERAS 4 : Penyediaan Perkhidmatan Bandar, Infrastruktur dan Utiliti yang Berkualiti

 

DPN 18

:

Penyediaan kemudahan infrastruktur dan utiliti dipertingkatkan serta memastikan pengurusan dan penyelenggaraan yang berterusan

DPN 19

:

Sistem pengurusan sisa pepejal dan toksik yang terancang, berkesan dan mampan perlu dilaksanakan

DPN 20

:

Kualiti perkhidmatan bandar dipertingkatkan untuk mewujudkan persekitaran kehidupan yang selesa dan sejahtera

 


TERAS 5 : Pewujudan Persekitaran Kehidupan Bandar yang Sejahtera dan Beridentiti

 

DPN 21

:

Kemudahan perumahan yang mencukupi disediakan berasaskan keperluan penduduk

DPN 22

:

Kemudahan awam yang mencukupi, lengkap serta mesra pengguna disediakan dengan pengurusan dan penyelenggaraan yang berterusan

DPN 23

:

Persekitaran bandar yang selamat perlu diwujudkan

DPN 24

:

Kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang bernilai sejarah, mempunyai warisan budaya dan senibina unik dipulihara dan diwartakan

DPN 25

:

Kawasan-kawasan dan bangunan-bangunan yang bernilai sejarah, mempunyai warisan budaya dan senibina unik dipulihara dan diwartakan.

DPN 26

 

:

Pembangunan mampan dan mesra alam dijadikan asas kepada pemuliharaan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup bandar.

 

 

TERAS 6 : Tadbir Urus Bandar Yang Efektif

 

DPN 27

:

Keupayaan institusi perlu diperkukuhkan untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan bandar yang lebih cekap dan berkesan

DPN 28

:

Amalan tadbir urus korporat yang baik untuk menggalakkan budaya pengurusan yang terbuka, berintegriti dan bertanggungjawab

DPN 29

:

Penglibatan masyarakat digalakkan dalam perancangan dan tadbir urus bandar

DPN 30

:

Penggunaan teknologi inovatif dalam perancangan, pembangunan dan pengurusan perkhidmatan bandar


Tarikh Maklumat Ini Dikemaskini : 22-05-2012
Jumlah pengunjung kandungan: 1,100