• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara

 

Pengenalan 

Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN) ditubuhkan pada tahun 2008 berikutan daripada pengstrukturan baru Jabatan yang telah diluluskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Penubuhan bahagian ini bertujuan untuk menguruskan kepentingan data perancangan yang digunakan dalam pembangunan gunatanah negara. 

Objektif

  • Memastikan pangkalan data perancangan adalah yang terkini berdasarkan kesediaan (avaibility) data.
  • Memastikan data yang dikumpulkan mengikut Manual Sistem Maklumat Geografi (GIS).
  • Membekalkan data kepada pemohon berpandukan permohonan yang lengkap dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh permohonan diterima oleh Bahagian.


Fungsi

  • Membangun, mengurus dan menyelaras pangkalan data Jabatan
  • Mengurus, menyelaras, mengintegrasi dan memantau maklumat gunatanah negara
  • Mengurus dan menyelaras kajian rancangan pembangunan
  • Mengurus dan menyelaras perkongsian data intra dan inter Jabatan
  • Menyelaras khidmat nasihat dalam bidang sistem maklumat geografi (GIS)
  • Menjalankan kerja-kerja pengurusan dan pentadbiran
  • Mengurus dan menjalankan tugas-tugas rasmi lain seperti diarah


Piagam Pelanggan
 

Pusat Maklumat Gunatanah Negara Yang Menawarkan Maklumat Gunatanah Perancangan Yang Berkualiti Bagi Merealisasikan JPBD Sebagai Pusat Kecemerlangan Dalam Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa :-

  • Mengemaskini Dan Memuat Naik Maklumat Gunatanah Yang Diterima Dari JPBD Negeri/Pejabat Projek Zon/Agensi Teknikal Ke Pangkalan Data Sekali Setiap Enam (6) Bulan
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Maklumat Gunatanah (JPMG) 2 Kali Setahun
  • Mengurus   Permohonan   Data  Digital  Gunatanah Dalam Tempoh 7 Hari 
  • Menyediakan Laporan Maklumat Gunatanah Negara Sekali Setiap 2 Tahun

 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan