• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Bahagian Perancangan Wilayah

Bahagian Perancangan Wilayah

\

 

Bahagian Perancangan Wilayah BPW telah ditubuhkan pada 1hb. Januari, 2003.  Ia memainkan peranan utama dalam melaksanakan fungsi baru di bawah peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa, 1976 (Akta 172) iaitu menubuhkan Jawatankuasa Perancang Wilayah (JPW) bagi sesuatu wilayah yang terdiri daripada satu kawasan yang terletak di dalam dua Negeri atau lebih.

 

Selain dari itu, tugas dan fungsi utama Jawatankuasa Perancang Wilayah adalah untuk menyediakan Rancangan Wilayah secara komprehensif bagi memandu dan mengurus pembangunan, sesuatu wilayah seperti yang dinyatakan dalam sub seksyen 6A(5)(b) Akta 172.

 

OBJEKTIF

  • Melaksanakan peruntukan Seksyen 6A Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) dan menggerakkan fungsi-fungsi Jawatankuasa Perancangan Wilayah (JPW).

  • Mengukuhkan pembangunan wilayah dari segi fizikal, sosial dan ekonomi selaras dengan Pembangunan Nasional, melalui penyediaan rancangan wilayah.

  • Menasihat dan membantu Jawatankuasa Perancang Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam wilayah selari dengan dasar-dasar negara.

  • Membantu Jabatan di dalam merangka dan merancang projek-projek berkepentingan nasional. 

 

 

\

 

 

PIAGAM PELANGGAN

  • Menyediakan Rancangan Wilayah dalam tempoh 12 – 18 bulan

  • Menyediakan Kertas Cadangan Penubuhan Jawatankuasa Perancangan Wilayah dalam tempoh 6 bulan

  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Wilayah 3 kali setahun

 

 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan