• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Pejabat Projek Zon Tengah

Pejabat Projek Zon Tengah

Pengenalan / Pejabat Projek Zon Tengah

Selaras dengan penstrukturan semula organisasi Jabatan pada tahun 2008, Pejabat Projek Kuala Lumpur (PPKL) telah ditukar nama kepada Pejabat Projek Zon Tengah (PPZT). PPZT ditempatkan di bawah pengurusan Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan) dan bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pemajuan (Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas) bagi Negeri Selangor dan Perak. Bahagian ini mempunyai 87 pegawai dari pelbagai lapisan. Objektif Berdasarkan Visi dan Misi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia iaitu untuk menyediakan khidmat Perancangan Bandar dan Desa kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor objektif seperti berikut digariskan;

  • Mendokong Wawasan, Visi dan Misi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia selaras dengan Wawasan 2020;

  • Menyediakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) untuk digunakan sebagai asas bagi mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, pembangunan dan pemuliharaan tanah;

  • Menterjemah dasar-dasar dan garispanduan pembangunan negara di dalam perancangan kawasan negeri dan tempatan; dan

  • Memberi khidmat nasihat perancangan kepada agensi negeri dan PBT di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dalam aspek-aspek perancangan gunatanah melalui Rancangan Pemajuandan forum-forum perancangan antara agensi.
     

 

Fungsi

  • Menyediakan Rancangan Struktur bagi Pihak Berkuasa Negeri Selangor dan Perak untuk dijadikan panduan strategik mengenai pemajuan dan penggunaan tanah bagi memenuhi aspek-aspek seperti meningkatkan pembangunan secara sistematik dan langkah-langkah memperelok alam sekitar;
  • Menyediakan Rancangan Tempatan bagi kawasan Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Selangor dan Perak untuk dijadikan panduan mengenai pelaksanaan dasar dan cadangan yang terkandung di dalam Rancangan Struktur;
  • Menyediakan Rancangan Kawasan Khas yang melibatkan cadangan pelan pembangunan dan tindakan perlaksanaan bagi isu-isu yang memerlukan kajian segera bagi Negeri Selangor dan Perak;
  • Merancang dan melaksanakan program peningkatan kualiti dan program penambahbaikan prosedur-prosedur Rancangan Pembangunan bagi mencapai output yang lebih berkualititermasuk penyediaan manual-manual dan penilaian program;
  • Melaksanakan aktiviti-aktiviti TQM bagi melahirkan budaya kerja yang cemerlang ke arah peningkatan produktiviti; dan
  • Lain-lain fungsi termasuklah;
    • Mengurus kemajuan fizikal, kewangan dan kualiti input perunding serta khidmat timbalawan/ sokongan teknikal
    • Melaksana program peningkatan kemahiran dalam aspek-aspek profesionalisme perancangan/ pengurusan serta dalam bidang ICT dan E-Kerajaan
    • Membentuk senarai program dan membuat anggaran kos belanjawan bagi kajian-kajian Rancangan Pemajuan bagi Rancangan Malaysia lima tahun dan kajian separa penggal P43 dan B43
    • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat perancangan bagi zon berkenaan melalui penyediaan Rancangan Pemajuan
    • Memberi khidmat nasihat/kepakaran dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi-agensi lain yang melibatkan kawasan-kawasan dalam zon berkenaan.
       

Piagam Pelanggan

Ke arah Merangka Persekitaran Fizikal, Sosial Dan ekonomi Yang Mampan Melalusi Penyediaan Rancangan Pemajuan Di Peringkat Negeri Dan Tempatan. Dengan itu kami berjanji untuk:

  • Menyediakan Kajian Semula Rancangan Struktur Negeri Dalam Tempoh 18 Bulan
  • Menyediakan Rancangan Tempatan Dalam Tempoh 12 - 15 Bulan
  • Menyediakan Rancangan Kawasan Khas Dalam Tempoh 6 Bulan
  • Mengkaji Semula Manual Penyediaan Rancangan Pemajuan Setiap 5 Tahun
     

Carta Organisasi

Pejabat Projek Zon Tengah.pdf

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp mindbkl  ppj   plabuan