• Laman Utama
  • Bahagian
  • Bahagian PLANMalaysia
  • Unit Penyelarasan Projek

Unit Penyelarasan Projek

A.   LATAR BELAKANG

Selaras dengan penstrukturan semula organisasi PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) pada tahun 2008, Jabatan ini telah dibahagikan kepada lapan (8) bahagian iaitu Bahagian Rancangan Pembangunan, Bahagian Rancangan Fizikal Negara, Bahagian Perancangan Wilayah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Bahagian Perundangan dan Kawal Selia Perancangan, Bahagian Maklumat Gunatanah Negara, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Korporat.

Di bawah Bahagian Rancangan Pembangunan (BRP)  pula terdapat lima (5) pejabat iaitu Unit Penyelarasan Projek, Pejabat Projek Zon Utara, Pejabat Projek Zon Tengah, Pejabat Projek Zon Selatan dan Pejabat Projek Zon Timur. Dengan terlaksananya penstrukturan tersebut, Unit Penyelarasan Projek ini merupakan sebahagian daripada BRP dan ditempatkan di bawah pengurusan TKP (Perancangan).

B. PERANAN

  1. Merancang, mengawal, menyelaras dan memantau status kemajuan fizikal dan kewangan projek-projek pembangunan;
  2. Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan program semasa dan membentuk program serta anggaran belanjawan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT);
  3. Menyediakan laporan anggaran belanjawan pembangunan jabatan dan;
  4. Mengurusetiakan urusan perlantikan, penilaian prestasi dan penamatan perkhidmatan perunding di Jabatan


C. PIAGAM PELANGGAN

  1. Menyediakan laporan kemajuan pelaksanaan program semasa dan membentuk program serta anggaran belanjawan mengikut Rolling Plan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT);
  2. Menyediakan laporan anggaran belanjawan pembangunan Jabatan setiap tahun, berdasarkan Pekeliling Perbendaharaan;
  3. Menyediakan laporan kemajuan fizikal dan kewangan projek menggunakan sistem pemantauan projek (SPP II) sekali setiap minggu; dan
  4. Mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Pemantauan Projek – Projek Pembangunan
    -Dua (2) kali setahun

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan