• Laman Utama
  • Berita
  • PERASMIAN PUBLISITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS 2035 (PENGGANTIAN)

PERASMIAN PUBLISITI DRAF RANCANGAN TEMPATAN MAJLIS PERBANDARAN KANGAR, PERLIS 2035 (PENGGANTIAN)

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2035 (Penggantian) disediakan mengikut Seksyen 16, Akta Perancangan Bandar 1976 (Akta 172).  Program Publisiti dan Penyertaan Awam telah bermula pada 2 Julai hingga 31 Julai 2019. Perasmian program ini telah berlangsung di Dewan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Perlis pada 9 Julai 2019 yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis.

Program Publisiti dan Penyertaan Awam, Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Kangar, Perlis 2035 (Penggantian) ini telah mendekati penduduk Negeri Perlis melalui pemeran di  tiga lokasi  tetap dan empat lokasi bergerak. PLANMalaysia amat berbesar hati di atas  kehadiran Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis kerana sudi mencemar duli melawat pameran yang telah diadakan di UTC Kangar, Perlis pada 10 Julai 2019.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan