• Home
  • Department
  • Department
  • Southern Zone Project Office

Pejabat Projek Zon Selatan

Pengenalan / Pejabat Projek Zon Selatan

Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JPBD) Semenanjung Malaysia Cawangan Selatan meliputi 3 buah negeri iaitu Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor. Mula ditubuhkan pada 1 Januari 1987 dan berpejabat di Negeri Melaka iaitu di alamat Lot 523 – 525A Plaza Melaka, Jalan Hang Tuah. Pegarah yang pertama pada ketika itu ialah En. Ong Hong Fong serta diangotai oleh lapisan pegawai seramai lebih kurang 50 orang. 

JPBD Cawangan Selatan berfungsi untuk merancang pembangunan di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia ( Negeri Melaka, Negeri Sembilan dan Negeri Johor serta berfungsi membantu pihak Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam mengawal pembangunan di dalam kawasannya. 

Pada 26 Jun 1993 JPBD Cawangan Selatan berpindah ke Graha Peladang, Jalan Hang Tuah, Melaka dan ditukar kepada nama JPBD Semenanjung Malaysia Pejabat Projek Melaka. Pada tahun 2008, Pejabat projek Melaka sekali lagi bertukar nama kepada JPBD Semenanjung Malaysia Pejabat Projek Zon Selatan. 

Terkini pada 30 Jun 2010 Pejabat Projek Zon Selatan berpindah dari Graha Peladang, Jalan Hang Tuah ke Aras 7, Menara Persekutuan di Ayer Keroh Melaka. 


Objektif

Berdasarkan Visi dan Misi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia iaitu untuk menyediakan khidmat Perancangan Bandar dan Desa kepada Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi-agensi kerajaan di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor objektif seperti berikut digariskan;

  • Mendokong Wawasan, Visi dan Misi Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia selaras dengan Wawasan 2020;
  • Menyediakan Rancangan Pemajuan iaitu Rancangan Struktur Negeri (RSN), Rancangan Tempatan Daerah (RTD) dan Rancangan Kawasan Khas (RKK) bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Kerajaan Negeri selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) untuk digunakan sebagai asas bagi mengatur, mengawal dan menyelaras pemajuan, pembangunan dan pemuliharaan tanah;
  • Menterjemah dasar-dasar dan garispanduan pembangunan negara di dalam perancangan kawasan negeri dan tempatan; dan
  • Memberi khidmat nasihat perancangan kepada agensi negeri dan PBT di Negeri Sembilan, Melaka dan Johor dalam aspek-aspek perancangan gunatanah melalui Rancangan Pemajuandan forum-forum perancangan antara agensi.

Fungsi

Bahagian Rancangan Pembangunan Pejabat Projek Zon Selatan berfungsi merancang dan melaksana program kajian Rancangan Pemajuan meliputi;

  • Kajian Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan, Rancangan Daerah dan Rancangan Kawasan Khas.
  • Mengurus kemajuan fizikal, kewangan dan kualiti input perunding serta khidmat timbalawan/sokongan teknikal.
  • Membentuk senarai program dan membuat anggaran kos belanjawan bagi kajian-kajian Rancangan Pemajuan bagi Rancangan Malaysia Lima Tahun dan kajian separa penggal P43 dan B43.
  • Melaksana program peningkatan kemahiran dalam aspek-aspek profesionalisma perancangan, pengurusan, ICT dan e-kerajaan.
  • Merancang dan melaksana program-program peningkatan kualiti dan penambahbaikan prosedur termasuk penyediaan Manual Rancangan Tempatan dan Penilaian Program.
  • Membentuk dan mengemaskini sistem maklumat melalui penyediaan Rancangan Tempatan.
  • Memberi khidmat nasihat dalam kajian-kajian pembangunan yang dijalankan oleh agensi lain.
  • Mengurus dan menyelaras urusan pentadbiran bagi Bahagian Rancangan Pembangunan Zon Selatan.
  • Mengurus aduan pelanggan dan sebaran am mengenai perkhidmatan Perancangan Bandar dan Desa bagi Zon Selatan.
  • Mengangotai Jawatankuasa-jawatankuasa di peringkat persekutuan dan Negeri di dalam memberi khidmat perancangan antara agensi.

Piagam Pelanggan

Ke arah merangka persekitaran fizikal dan ekonomi yang mampan melalui penyediaan rancangan pemajuan di peringkat negei dan tempatan.

  • Menyediakan Rancangan Struktur Negeri dalam tempoh 24 bulan.
  • Menyediakan Rancangan Tempatan dalam tempoh 20 hingga 24 bulan.
  • Menyediakan Rancangan Kawasan Khas dalam tempoh 6 bulan.
  • Menyediakan Rancangan Daerah dalam tempoh 8 bulan.

Print Email

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan