• Home
  • Department
  • Department
  • Integrity Unit

Unit Integriti

Pengenalan 

Unit Integriti telah ditubuhkan pada 06 Januari 2014 sejajar dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6/2013. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta meningkatkan semangat patriotisme. Supaya dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam. Penubuhan Unit Integriti ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti dalam organisasi. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan enam (6) fungsi teras utama iaitu Tadbir Urus, Pengukuhan Integriti, Pengesanan dan Pengesahan, Pengurusan Aduan, Pematuhan dan Tatatertib. 

 

Objektif

Merancang, menyelaras dan menguruskan hal-hal berkaitan kelakuan dan tatatertib serta kod tatasusila berdasarkan prinsip integriti dan akauntabiliti serta Mewujudkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh serta berintegriti dikalangan warga Jabatan.

Memperkukuhkan kecekapan dan keberkesanan mekanisme saluran aduan dalaman dan meningkatkan penghayatan dan mengukuhkan etika kerja serta integriti dan Memantapkan pengawalan tatakelakuan selaras dengan Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Peranan Integriti

  • Peranan unit integriti ialah untuk memastikan warga Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa mengamalkan budaya kerja yang unggul dan cemerlang dengan pemantapan etika dan integriti. Selain itu unit integriti juga bertujuan membendung  salah laku jenayah, perlanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta melahirkan warga kerja yang berintegriti dan pada masa yang sama meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap perkhidmatan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Print Email

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan