• Laman Utama
  • Mengenai Kami
  • PLANMalaysia
  • Visi, Misi, Kualiti Dan Objektif

Visi, Misi, Kualiti dan Objektif

Visi 

Menjadi Peneraju Perancangan Bandar dan Desa Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Berkualiti, Sejahtera dan Mampan Menjelang 2020.

Misi  

Memacu perancangan fizikal negara melalui pelaksanaan dan pemantauan perancangan pembangunan yang komprehensif, sistematik dan inovatif ke arah kesejahteraan masyarakat

Dasar Kualiti 

Menjadikan Jabatan Sebagai Pusat Kecemerlangan Perkhidmatan Perancangan Bandar Dan Desa Yang Memenuhi Keperluan Pelanggan Ke Arah Mewujudkan Persekitaran Kehidupan Yang Sejahtera Dan Mampan.

Objektif 

Objektif Kualiti Berdasarkan kepada Dasar Kualiti yang digubal, Objektif Kualiti PLANMalaysia telah diwujudkan mengikut proses utama perkhidmatan. Ia akan dikaji semula setiap tahun mengikut perancangan strategik PLANMalaysia.

10 Objektif Kualiti Jabatan dibentuk seperti berikut :

i. Rancangan Pemajuan Yang Berkualiti;

Menyediakan rancangan pemajuan yang menepati keperluan standard (dari segi perundangan, manual, garis panduan dan dasar) dan peruntukan sumber (bajet dan lingkungan masa) serta menggunakan pendekatan teknikal dan saintifik yang berdaya laksana dari segi ekonomi, sosial, alam sekitar dan tadbir urus.

ii. Perundangan, Penyelidikan dan Pembangunan;

Menjalankan kajian prosedur dan penyelidikan perancangan bagi penyediaan kaedah dan garis panduan perancangan yang berkualiti dan menepati keperluan semasa (dari segi perundangan dan dasar) dengan menggunakan pendekatan terkini, saintifik, inovatif dan praktikal.

iii. Organisasi Pembelajaran / Kemahiran

Memastikan semua peringkat pegawai di Jabatan mempunyai kemahiran dan kompetensi untuk memenuhi cabaran perancangan semasa dan persediaan mengambil alih jawatan yang lebih tinggi; melalui peningkatan latihan atau latihan semula, percambahan fikiran dan program perkongsian pengetahuan.

iv. Kemahiran dan Penguasaan Penggunaan ICT

Meningkatkan tahap kemahiran penggunaan ICT di kalangan warga Jabatan bagi pelaksanaan kerja yang berkesan.

v. Maklumat Perancangan

Membentuk pangkalan data perancangan yang komprehensif dan perkongsian maklumat yang efisien.

vi. Budaya Kerja Cemerlang

Memastikan semua lapisan pegawai berprestasi cemerlang, berdaya maju dengan mencapai nilai purata prestasi tahunan berdasarkan arahan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bil.4 Tahun 1991.

vii. Sebaran Am

Menjalankan program sebaran yang melibatkan agensi pelaksana dan pihak yang berkepentingan melalui kaedah rundingan / kolaborasi dan kerjasama.

viii. Penambahbaikan Berterusan

Membentuk sistem maklum balas pelanggan serta sistem pengukuran kecekapan / keberkesanan sistem kualiti sebagai asas kepada tindakan penambahbaikan berterusan.

ix. Kepuasan Pelanggan

Memastikan produk dan perkhidmatan yang disediakan diterima pakai dan dirujuk oleh pelanggan dalaman dan luaran.

x. Kepimpinan dan Input Pengurusan

Memastikan agar pengurusan atasan sentiasa komited kepada pembangunan, pelaksanaan, pemantauan, penambahbaikan serta sentiasa berusaha secara berterusan bagi meningkatkan keberkesanan SPK MS ISO 9001:2015.

Cetak Emel

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan