Apa itu Dasar Perbandaran Negara (DPN)?

DPN adalah suatu penyataan bertulis yang menggariskan 6 teras,  30 dasar dan 201 langkah-langkah bagi memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien serta efektif bagi menghadapi cabaran masa kini dan hadapan serta memastikan pencapaian matlamat negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. DPN sebagai rangka kerja asas dalam segala perancangan, pembangunan dan pentadbiran bandar-bandar di Malaysia.

Apakah Matlamat dan Objektif DPN?

Matlamat DPN ialah ”Mewujudkan Bandar Berwawasan Dengan Komuniti Dan Kehidupan Yang Sejahtera Menerusi Pembangunan Perbandaran Yang Mampan”

Objektif DPN adalah seperti berikut :

  1. Membangunkan bandar yang terancang, berkualiti, progressif dan mampan;
  2. Membangun dan memperkukuh ekonomi bandar yang berdaya saing;
  3. Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan pembangunan sosial;
  4. Membasmi kemiskinan bandar;
  5. Memperkukuhkan sistem perancangan, pelaksanaan dan pemantauan; dan
  6. Memantapkan institusi pentadbiran dan pengurusan bandar.

Apakah definisi bandar DPN?

Kawasan yang diwartakan dan tepu bina yang bersempadan dengannya serta gabungannya yang terletak di dalam had sempadan bandar dan mengandungi;

  • Kawasan petempatan dan kawasan komited yang telah diluluskan ;
  • Penduduk minima 10,000 orang ;                    
  • Sekurang-kurangnya 60 peratus penduduk bekerja (berumur 15 tahun dan ke atas) yang terlibat dengan aktiviti bukan pertanian;                
  • Densiti kasar minima penduduk adalah 50-60 orang per hektar; dan            
  • Kemudahan-kemudahan perbandaran.

 

Apakah Hierarki Bandar dalam DPN?

Terdapat 7 hierarki bandar dengan perbezaan range penduduk: 

  • Konurbasi Pertumbuhan Negara                             - ≥ 2.5 juta penduduk
  • Konurbasi Pertumbuhan Wilayah                           - 1.5 – 2.5 juta penduduk
  • Konurbasi Pertumbuhaa Separa Wilayah               - 0.5 – 1.5 juta penduduk
  • Konurbasi Pertumbuhan Negeri                             - 300,001-500,000 penduduk
  • Konurbasi Pertumbuhan Daerah                            - 100,001- 300,000 penduduk
  • Pusat Petempatan Utama                                     - 30,001 - 100,000 penduduk
  • Pusat Petempatan Kecil                                       - 10,000 - 30,000 penduduk

Apakah teras-teras DPN?

Teras-teras DPN adalah :

TERAS 1: Pembangunan perbandaran yang efisien dan mampan;

TERAS 2: Pembangunan ekonomi bandar yang kukuh, dinamik dan berdaya saing;

TERAS 3: Sistem pengangkutan bandar yang bersepadu dan efisien;

TERAS 4: Penyediaan perkhidmatan bandar, infrastruktur dan utuliti yang berkualiti;

TERAS 5: Pewujudan persekitaran kehidupan bandar yang sejahtera dan berindentiti ; dan

TERAS 6: Tadbir urus bandar yang efektif.

mygovuc mygov  mampu min    hrmis min    anm min    sprm min   kwp min  dbkl  ppj   plabuan